Solar Energy Research Institute

Institut Penyelidikan Tenaga Suria | Solar Energy Research Institute

Syarat-syarat Bergraduat

Dalam usaha untuk bergraduat, calon dikehendaki melengkapkan seperti berikut:
  1. Pelajar program Doktor Falsafah dikehendaki mendaftar dan lulus lapan (8) jam kredit kursus;
    • Pilih mana-mana kursus yang disenaraikan oleh Institut (empat (4) jam kredit).
    • Wajib mendaftar dan lulus kursus Kaedah Penyelidikan (Sains dan Teknologi) (empat (4) jam kredit).
  1. Pelajar program Sarjana dikehendaki mendaftar dan lulus enam (6) jam kredit kursus;
    • Pilih mana-mana kursus yang disenaraikan oleh Institut (dua (2) jam kredit).
    • Wajib mendaftar dan lulus kursus Kaedah Penyelidikan (Sains dan Teknologi) (empat (4) jam kredit).
  1. Semasa dalam pengajian, pelajar dikehendaki untuk membentangkan kertas kerja di dalam kolokium Institut. Pelajar perlu membuat pembentangan lisan sekurang-kurangnya 2 kali (Program PhD) dan 1 kali  (Program Sarjana) dalam tempoh pengajian tersebut.
  1. Pada peringkat akhir pengajian, calon dikehendaki mengemukakan tiga (3) naskhah tesis dan lulus semasa sesi pembentangan lisan, maka calon yang berjaya akan dianugerah Doktor Falsafah atau Ijazah Sarjana.
  1. Keperluan Penerbitan Manuskrip;
    • Program Doktor Falsafah: Sekurang-kurang tiga (3) artikel dalam terbitan jurnal berindeks SCOPUS/ISI dan diterima untuk penerbitan.
    • Program Sarjana: Sekurang-kurang dua (2) artikel dalam terbitan jurnal berindeks SCOPUS/ISI dan diterima untuk penerbitan.
  1. Keperluan Bahasa Melayu;
    • Calon-calon dari luar negara diwajibkan mengikuti dua (2) kursus bersamaan empat (4) unit bagi kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu  yang diiktiraf oleh Universiti.

 

Struktur Program

  • Kedua-dua program Doktor Falsafah dan Sarjana adalah berasaskan kerja penyelidikan yang diselia oleh penyelia dan juga penyelia bersama.
  • Semua cadangan penyelidikan mestilah dibentang oleh calon dan diluluskan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Institut.

 

Tempoh Pengajian

  1. Program Doktor Falsafah;
    • Tempoh pengajian sepenuh masa adalah enam (6) hingga dua belas (12) semester.
    • Tempoh pengajian separuh masa adalah lapan (8) hingga empat belas (14) semester.
  1. Program Sarjana;
    • Tempoh pengajian sepenuh masa adalah dua (2) hingga empat (4) semester.
    • Tempoh pengajian separuh masa adalah empat (4) hingga lapan (8) semester.

* Untuk keterangan lanjut, perkara ini boleh dirujuk dalam Buku Panduan Siswazah Institut.