Solar Energy Research Institute

Institut Penyelidikan Tenaga Suria | Solar Energy Research Institute

Kolokium SERI ke-5 pada 5~6 Dis. 2017

Introduction

KOLOKIUM SERI KE-5 2017 merupakan acara tahunan SERI untuk pelajar pascasiswazah untuk mengembangkan ilmiah mereka dan menilai kemajuan dan perkembangan penyelidikan yang terkini. Kolokium ini adalah tempat yang sesuai untuk membincangkan, berinteraksi dan melakukan semakan semula mengenai penyelidikan dan penemuan baru, di samping menginspirasi perbincangan intelektual di kalangan pelajar, penyelidik dan pensyarah. Selain itu, ia akan memberi manfaat kepada semua dari segi pemantauan kemajuan, meningkatkan metodologi penyelidikan serta mencari, menulis dan berkomunikasi dan mendedahkannya kepada jaringan yang mungkin. Ini adalah acara tahunan yang penting kerana kehadiran adalah wajib bagi setiap pelajar Sarjana (sekurang-kurangnya sekali) dan pelajar Doktor Falsafah (minimum dua kali) sebagai keperluan pra-syarat bergraduat di SERI.

 

Bidang Penyelidikan

KOLOKIUM SERI 2017 akan meliputi bidang-bidang penyelidikan seperti berikut:

  1. Sistem Fotovoltan Suria dan Sel Suria Termaju termasuk sel suria silikon, filem nipis, perovskit dan terpeka pewarna.
  2. Teknologi Terma Suria dan Aplikasi.
  3. Sumber dan Sistem Sumber Tenaga Keterbaharuan seperti biomass, biofuel, hidrogen & sel fuel, bateri, kapasitor, tenaga angin, kuasa hidro, tenaga geoterma, tenaga gelombang dan tenaga pasang surut.
  4. Pemuliharaan dan Pengurusan Tenaga seperti senibina dan bangunan tenaga yang rendah.
  5. Dasar Tenaga Keterbaharuan dan Analisis Impak.

 

Jadual dan Prosiding Kolokium SERI ke-5 2017