Syarat-syarat Kemasukan
PROGRAM SARJANA
Calon yang ingin memohon mengikuti Program Sarjana secara mod penyelidikan dan penyediaan tesis mestilah mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75;
atau
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 serta 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan;
atau
c. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 2.50 serta 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan;
atau
d. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari universiti luar negara yang diiktiraf oleh Senat bagi sistem yang bukan PNGK, yang disetarakan seperti berikut;
PROGRAM DOKTOR FALSAFAH |
|||||||||||||||||||||||||||
Calon yang ingin memohon mengikuti Program Doktor Falsafah secara mod penyelidikan dan penyediaan tesis mestilah mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut:
a. Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf
atau
b. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf Senat
atau
c. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada Program Kedoktoran dengan kelulusan Dekan
atau
d. **Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan kelas pertama dan setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi yang diiktiraf pembelajaran oleh Senat dan bagi calon antarabangsa, perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris – 550 (TOEFL) atau 6.0 (IELTS) **saluran laluan pantas
|
|||||||||||||||||||||||||||
Syarat tambahan bagi pemohon bukan Warganegara Malaysia, diwajibkan:· Mencapai tahap Bahasa Inggeris dengan a. Skor berasaskan kertas TOEFL: Minimum 500, atau b. Skor berasaskan komputer TOEFL: Minimum 173, atau c. Skor berasakan internet TOEFL: Minimum 46, atau d. Skor bagi IELTS: Band Minimum 5, atau e. Skor bagi MUET: Band Minimum 3 |