Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (BIOLOGI PEMULIHARAAN)

Biologi Pemuliharaan merupakan satu cabang sains yang amat penting untuk mengatasi krisis alam sekitar akibat aktiviti manusia yang menyebabkan kepupusan spesies secara besar-besaran dan juga kehilangan ekosistem di seluruh dunia. Halangan terbesar terhadap usaha pemuliharaan ekosistem terkini ialah pemencilan dan kemusnahan habitat yang menghalang tabii migrasi haiwan, yang membawa kepada pemutusan rantaian makanan dan akhirnya membawa kepada pendedahan penyakit berjangkit asalan haiwan kepada manusia.

Program Biologi Pemuliharaan menyajikan kurikulum antara disiplin yang menyepadukan pemahaman kepelbagaian biologi dengan perkembangan ekonomi dan sosial. Program multidisiplin ini merangkumi antaranya biologi pemuliharaan, biogeografi, ekologi, etika, ekonomi dan pengurusan sumber asli, dan penderiaan jauh. Kepelbagaian bidang diaplikasikan dalam pengajaran dan penyelidikan dengan fokus untuk memulihara alam dan sumber tabiinya. Program ini menyokong keperluan Revolusi Perindustrian ke-4 dengan menitik-beratkan budaya penyelidikan serta penglibatan dengan pihak industri atau instituti penyelidikan luar melalui jalinan kolaborasi penyelidikan.

Kaedah pendekatan yang meluas akan membolehkan para siswazah dapat menceburi pelbagai bidang pekerjaan termasuk perundingan, penyelidikan polisi, perancangan dan pengurusan serta penyelidikan dan pengajaran. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat ahli profesional yang sedang bertugas untuk memperbaharui atau pun mendapatkan kemahiran dalam bidang biologi pemuliharaan dan juga sebagai asas kepada pelanjutan pengajian ke tahap Doktor Falsafah samada mengkhusus dalam bidang yang sama atau yang berkaitan.

Kerja kursus & Sepenuh masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024   

Kaedah Penyelidikan

 

STAP6064   
Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh

STAP6974   
Projek Penyelidikan I

12

Kursus Pilihan

STAB6054   
Etika dan Perundangan Pemuliharaan

STAB6084 
Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar

8
II

Kursus Wajib

STAP6033   

Biogeografi

 

STAP6014
Penerokaan Sumber Alam

STAP6986   
Projek Penyelidikan II

13
Kursus Pilihan

STAB6013
Biologi Pemuliharaan

STAB6034  
Ekologi Populasi dan Komuniti

7

Jumlah Keseluruhan Kredit

40

STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

STAP6064 Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh

Kursus ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penderiaan jauh, sistem maklumat geografi (GIS) dan GPS. Pelajar didedahkan kepada teori dan konsep penderiaan jauh, sistem maklumat geografi dan GPS sebagai teknologi dalam pemetaan digital. Kursus ini juga meliputi pemprosesan data ruang dan bukan ruang serta kedudukan lokasi di dalam peta ruang.

STAP6033 Biogeografi

Biogeografi ada sains multidisiplin yang berkait rapat dengan biologi, geografi, paleontologi, geologi, dan ekologi. Biogeografi cuba menjawab soalan asas seperti mengapa terdapat banyak kehidupan. Mengapa mereka bertaburan seperti sedemikian rupa? Adakah mereka menghuni seperti taburan semasa? Apakah prospek masa hadapan? Dalam kursus ini, pelajar akan memperolehi pengetahuan mengenai sains biogeografi. Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai set ekologi termasuk variasi geografi dalam persekitaran fizikal and had terhadap taburan spesies. Bahagian kedua mengandungi set sejarah seperti spesiasi, kepupusan, penyebaran, endemik dan pembinaan semula sejarah biogeografi. Bahagian ketiga mengandungi taburan taksa dalam ruang masa dan bahagian keempat mengandungi biogeografi ekologi seperti teori ‘equilibrium island biogeography’, corak pulau dan proses dan pemuliharaan. 

STAP6014 Penerokaan Sumber Alam

Tujuan kursus ini ialah untuk mencamkan jenis dan taburan sumber alam yang wujud di bumi. Istilah sumber alam mencakupi sumber biotik (organisma hidup) dan sumber abiotik (tanah, bukit batu kapur, bahan petroleum, arang, emas dan lain-lain). Kursus ini akan memberi penekanan kepada realiti di mana sumber alam ini akan digunakan oleh manusia dalam aktiviti harian. Manusia perlu mencari jalan untuk mengimbangi antara eksploitasi dan pemuliharaan sumber alam supaya tidak berlaku kemusnahan/degradasi sekitaran/habitat dan juga memikirkan keperluan generasi akan datang.

STAB6054 Etika dan Perundangan Pemuliharaan

Etika dan perundangan adalah penting di dalam pemuliharaan. Etika menetapkan objektif, manakala perundangan merupakan asas yang sah dalam pelaksanaan sesuatu usaha pemuliharaan. Kursus ini akan memperkenalkan secara latar, isu-isu asas berkaitan dengan etika dan perundangan pemuliharaan. Perkara am berkenaan etika, evolusi perundangan berhubung dengan sumber biologi, habitat dan ekosistem, di peringkat negara dan antarabangsa akan digariskan. Prinsip-prinsip serta konsep-konsep  yang berkait dengan pemuliharaan biologi akan dibincang untuk memperlihatkan nilai (etika) yang terkandung. Peranan dan fungsi institusi juga akan disingkap untuk menjelaskan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban di dalam sesuatu pelaksanaan undang-undang. Perkaitan sains, etika dan perundangan juga akan dianalisis secara ringkas.

STAB6084  Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kursus ini akan membincangkan kriteria untuk pembangunan ekonomi secara mapan dan peranan yang dimainkan oleh sumber asli dan sekitaran dalam pemuliharaan.  Prinsip-prinsip ekonomi berkenaan penggunaan sumber secara cekap, kegagalan pasaran, analisis kos-keuntungan dan perakaunan sumber tabii akan diperkenalkan. Jenis data yang diperlukan untuk menjalankan analisis akan diperkenalkan. Peranan penilaian ekonomi atas fungsi-fungsi kepelbagaian biologi dan penggunaan tanah juga akan dikaji. Contoh-contoh berkaitan dengan ekonomi sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar akan digunakan untuk menolong pelajar memahami isu-isu dengan lebih mendalam.

STAB6013  Biologi Pemuliharaan

Keadaan bumi pada masa ini berada ditahap yang kritikal kerana ekosistem semulajadi dan ahli-ahlinya terancam oleh aktiviti manusia. Untuk menangani masalah ini, satu disiplin sains baru telah wujud, iaitu, Biologi Pemuliharaan. Disiplin ini tidak hanya menumpukan perhatian kepada kemandirian spesies. Malah disiplin ini juga mengambilkira aspek falsafah moral, keadilan sosial, ekonomi dan politik. Kursus ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menonjolkan pendekatan multidisiplin ini, iaitu: asal-usul Biologi Pemuliharaan; kepelbagaian biologi dan kepentingannya; ancaman terhadap kepelbagaian biologi; perlindungan, pemulihan dan pengurusan populasi, spesies, habitat dan ekosistem; dan, ekonomi dan pembangunan mapan.

STAB6034  Ekologi Populasi dan Komuniti

Populasi dan komuniti adalah dua bidang penting dalam ekologi. Ekologi populasi adalah bidang kajian populasi haiwan dan tumbuhan, kumpulan organisma yang membiak, dan ekologi komuniti pula adalah bidang kajian terhadap gabungan populasi yang terdapat di sesuatu kawsan atau habitat. Dalam kursus ini, populasi dianalisa dari segi kelainan, kepadatan dan kesetabilan, dan persekitaran dan proses-proses lain yang boleh mengesani ciri-ciri ini. Di antara penentu sesuatu populasi adalah kematian dan kelahiran; taburan umur dan jantina; corak lakuan persaingan dan bekerjasama; pemangsa-mangsa, parasit-perumah, dan pertalian yang lain dengan spesies yang lain; sumber makanan dan sekitaran; dan corak migrasi. Seterusnya, komuniti dianalisa berdasarkan ciri-ciri tradisional; kepelbagaian, dominan, bentuk dan struktur pertumbuhan, struktur tropik, dan kelimpahan relatif; dan dihuraikan sebagai satu sistem kehidupan dengan adanya pembangunan dan fungsi. Dalam penganalisaan dan penilaian sesuatu populasi dan komuniti, model matematik dan indek dikirakan menggunakan penentu dan pemboleh-ubah, bagi membuat jangkaan kesan perubahan mana-mana penentu yang boleh mengesani sesuatu komuniti dan populasi.

STAP6974 Projek Penyelidikan I

Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu dalam bidang sains biologi menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan imbauan satu tajuk penyelidikan yang terpilih

STAP6986 Projek Penyelidikan II

Kursus ini bertujuan menawarkan pelajar untuk mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan satu tajuk yang diminati di bawah bimbingan seorang atau kumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau analitik. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankan secara lisan

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Eksekutif/pakarunding sektor awam dan swasta (kelestarian / persekitaran) 
  2. Pensyarah 
  3. Eksekutif /Pegawai agensi awam (Perhilitan, Perhutanan)
  4. Penyelidik agensi awam dan swasta
  5. Pegawai Penyelidik agensi awam dan swasta

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Wee Suk Ling

Emel : slwee@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5925

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM5,970.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 103.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 103.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 103.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester kedua

Penasihat Program

Puan Ivy Wong Abdullah

Head of Environment, Yayasan Hasanah

Dr. Sheema Abdul Aziz

Presiden RIMBA

Translate »