Siswazah FST

 FST Postgraduate

IJAZAH BERSAMA DOKTOR FALSAFAH ANTARABANGSA DALAM BIDANG SAINS BAHAN DAN KEJURUTERAAN DI ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAN GIFU UNIVERSITY

Program ini menawarkan kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan ilmiah peringkat PhD di UKM (institusi home) dan GU (institusi host). Bidang yang ditawarkan adalah bidang Sains Bahan dan Kejuruteraan. Bidang ini dipecahkan lagi kepada beberapa bidang pengkhususan yang akan menyerlahkan bidang kepakaran FST dan UKM dalam penyelidikan selaras dengan status Universiti Penyelidikan (RU).

  • Sains Fizik (Physical Science)
  • Kejuruteraan Bahan (Material Engineering)
  • Pembuatan dan Pemprosesan (Manufacturing and Processing)

Penyelidikan & Sepenuh masa

Tempoh Pengajian: 6 – 12 semester (3 – 6 tahun)

 

Kemasukan: Setiap bulan April

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris 

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I atau II

Kursus Wajib

  • STPD8014   Kaedah Penyelidikan
  • kursus yang ditawarkan oleh Jabatan (6 kredit)

10

III

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

V

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

  • Pelajar dikehendaki mengambil kursus yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi. Jumlah kredit yang diperlukan adalah minimum 10 jam kredit.
  • Pelajar diwajibkan mendaftar dan lulus kursus fakulti STPD8014 Kaedah Penyelidikan.
  • Penyelidikan di home universiti pada Semester 1 dan dan 2 pengajian, seterusnya akan menjalankan penyelidikan di host universiti pada Semester 3 dan 4 pengajian dan kembali menjalankan pengajian di home universiti pada Semester 5 dan 6.
  • Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyeliaan tidak kurang daripada 40 jam pertemuan pada setiap semester.
  • Lulus peperiksaan lisan dan menghasilkan sebuah tesis di akhir program yang akan dinilai melalui peperiksaan lisan yang akan melibatkan UKM, GU dan pemeriksa luar.
  • Menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berindeks WoS dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan PhD bersama Jawatankuasa Penyelia.  
  • Pelajar Antarabangsa wajib lulus kursus Bahasa Melayu bagi tujuan pengijazahan
    • LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa; atau
    • LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

STPD8014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini bertujuan memberi panduan dalam merancang, melaksana dan menjayakan sesuatu penyelidikan saintifik. Pelajar didedahkan kepada falsafah dan etika sains bagi membentuk penyelidik dengan citra berwibawa. Pendedahan diberikan agar pelajar mampu mengenal pasti dan mengurus risiko dalam penyelidikan saintifik. Selain itu, pelbagai isu dan perundangan berkaitan penyelidikan seperti harta intelek, hakcipta, ciplak dan sebagainya juga dibincangkan. Selanjutnya pelajar dibimbing untuk merangka projek penyelidikan masing-masing dan diminta menyediakan kertas usulan penyelidikan. Untuk itu, pelajar dilatih dengan teknik-teknik pencarian  maklumat  secara  manual  dan  atas  talian,  mengenal  pasti  isu  serta  objektif penyelidikan, merancang penyelidikan dan mereka bentuk eksperimen dalam tempoh masa pengajian. Pelajar diminta menyediakan kertas usulan menggunakan format yang diberikan dan dipastikan bebas plagiat melalui pengenalan kepada penggunaan sistem penyemak plagiarisme. Pelajar berpeluang membentangkan usulan dalam seminar dan perlu mempertahankannya. Pelajar juga berpeluang menghasilkan kertas ulasan berdasarkan kajian perpustakaan dan reka bentuk kajian yang dijalankan. Pelajar dinilai berdasarkan penulisan ulasan kepustakaan dan cadangan penyelidikan, kehadiran serta pembentangan cadangan penyelidikan.

  • Memiliki Ijazah Sarjana dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh keputusan cemerlang (Kelas Pertama) dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat;
  • Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar bukan warganegara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Pakarunding sektor awam dan swasta 
  2. Pensyarah 
  3. Penyelidik agensi awam dan swasta
  4. Pegawai Penyelidik agensi awam dan swasta

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Siti Aishah Hasbullah

Emel : aishah80@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4393

 

Yuran Pengajian

Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM18,914.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 745.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 2,239.00 - Yuran Pengajian
  • RM 3,994.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 2,984.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM58,710.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,710 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 9,500.00 - Yuran Pengajian
  • RM 11,210.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 9,500.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester kedua

Penasihat Program

Translate »