Siswazah FST

 FST Postgraduate

IJAZAH DUAL DOKTOR FALSAFAH DI DALAM SAINS DI ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAN OSAKA UNIVERSITY

Program Antarabangsa Ijazah Dual Doktor Falsafah memberi peluang kepada pelajar mendaftar untuk menamatkan pengajian PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Osaka (OU), Jepun. Program Ijazah Dual PhD ini adalah perkongsian pintar yang memberi faedah kepada pelajar dari segi pengalaman dan perspektif global yang tidak terkira semasa proses pembelajaran mereka. Mereka akan didedahkan kepada para pakar dan banyak sumber dari dua Universiti dan negara yang berbeza.

Pelajar pelajar mesti memenuhi syarat kemasukan setiap universiti, termasuk kecekapan berbahasa. Pelajar yang diterima untuk mengikuti program ini akan diawasi oleh sekurang-kurangnya 2 penyelia, seorang dari setiap universiti dan akan diminta untuk menghabiskan sebahagian daripada pengajian mereka di setiap universiti sekurang-kurangnya 12 bulan. Setelah memenuhi semua syarat dari kedua universiti, pelajar akan diberikan dua sijil PhD, satu dari setiap universiti.

33 Bidang yang ditawarkan:

  1. Bioinformatik
  2. Biofizik
  3. Biokimia
  4. Biologi
  5. Biologi Molekul
  6. Bioteknologi
  7. Bioteknologi Tumbuhan
  8. Botani
  9. Fizik
  10. Genetik
  11. Geologi
  12. Kejuruteraan Kimia
  13. Kejuruteraan Sekitaran
  14. Kimia
  15. Kimia Biologi
  16. Matematik
  17. Mikrobiologi
  18. Nanoteknologi
  19. Pemakanan
  20. Pemuliharaan Sekitaran
  21. Pengajian Aktuari
  22. Pengurusan Keselamatan Industri
  23. Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
  24. Penyelidikan Operasi
  25. Sains Bahan
  26. Sains Data dan Analitik
  27. Sains Genom
  28. Sains Laut
  29. Sains Makanan
  30. Sains Nuklear
  31. Sains Sekitaran
  32. Statistik
  33. Zoologi

Penyelidikan & Sepenuh masa

Tempoh Pengajian: 6 – 12 semester (3 – 6 tahun)

 

Kemasukan: 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris 

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I atau II

Kursus Wajib

  • STPD8014   Kaedah Penyelidikan
  • kursus yang ditawarkan oleh Jabatan (4 kredit)

8

III

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

V

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

  • Pelajar dikehendaki mengambil kursus yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi. Jumlah kredit yang diperlukan adalah minimum 8 jam kredit.
  • Pelajar diwajibkan mendaftar dan lulus kursus fakulti STPD8014 Kaedah Penyelidikan.
  • Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyeliaan tidak kurang daripada 40 jam pertemuan pada setiap semester.
  • Lulus peperiksaan lisan dan menghasilkan sebuah tesis di akhir program.
  • Menerbitkan sekurang-kurangnya tiga (3) makalah dalam jurnal berindeks WoS dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan PhD bersama Jawatankuasa Penyelia. Tiga jurnal ini adalah gabungan di mana sekurang-kurangnya satu (1) jurnal di OU dan sekurang-kurangnya dua (2) di UKM. 
  • Pelajar Antarabangsa wajib lulus kursus Bahasa Melayu bagi tujuan pengijazahan
    • LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa; atau
    • LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

STPD8014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini bertujuan memberi panduan dalam merancang, melaksana dan menjayakan sesuatu penyelidikan saintifik. Pelajar didedahkan kepada falsafah dan etika sains bagi membentuk penyelidik dengan citra berwibawa. Pendedahan diberikan agar pelajar mampu mengenal pasti dan mengurus risiko dalam penyelidikan saintifik. Selain itu, pelbagai isu dan perundangan berkaitan penyelidikan seperti harta intelek, hakcipta, ciplak dan sebagainya juga dibincangkan. Selanjutnya pelajar dibimbing untuk merangka projek penyelidikan masing-masing dan diminta menyediakan kertas usulan penyelidikan. Untuk itu, pelajar dilatih dengan teknik-teknik pencarian  maklumat  secara  manual  dan  atas  talian,  mengenal  pasti  isu  serta  objektif penyelidikan, merancang penyelidikan dan mereka bentuk eksperimen dalam tempoh masa pengajian. Pelajar diminta menyediakan kertas usulan menggunakan format yang diberikan dan dipastikan bebas plagiat melalui pengenalan kepada penggunaan sistem penyemak plagiarisme. Pelajar berpeluang membentangkan usulan dalam seminar dan perlu mempertahankannya. Pelajar juga berpeluang menghasilkan kertas ulasan berdasarkan kajian perpustakaan dan reka bentuk kajian yang dijalankan. Pelajar dinilai berdasarkan penulisan ulasan kepustakaan dan cadangan penyelidikan, kehadiran serta pembentangan cadangan penyelidikan.

  • Memiliki Ijazah Sarjana dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh keputusan cemerlang (Kelas Pertama) dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat;
  • Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar bukan warganegara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Pakarunding sektor awam dan swasta 
  2. Pensyarah 
  3. Penyelidik agensi awam dan swasta
  4. Pegawai Penyelidik agensi awam dan swasta

Penyelaras Program

Dr. Nadhratun Naiim Mobarak

Emel : nadhratunnaiim@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4393

 

Yuran Pengajian

Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM18,914.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 745.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 2,239.00 - Yuran Pengajian
  • RM 3,994.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 2,984.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM58,710.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,710 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 9,500.00 - Yuran Pengajian
  • RM 11,210.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 9,500 - Jumlah keseluruhan yuran semester kedua

Penasihat Program

Translate »