Siswazah FST

 FST Postgraduate

DOKTOR FALSAFAH

Program yang ditawarkan dalam pelbagai bidang Sains dan Teknologi memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami proses penyelidikan. Pelajar-pelajar Pascasiswazah dipupuk untuk membina reputasi penyelidikan mereka yang cemerlang dalam penemuan saintifik. Pelajar FST juga digalakkan untuk mengakses dan terlibat dengan kolaborasi penyelidikan di dalam Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

33 Bidang yang ditawarkan:

  1. Bioinformatik
  2. Biofizik
  3. Biokimia
  4. Biologi
  5. Biologi Molekul
  6. Bioteknologi
  7. Bioteknologi Tumbuhan
  8. Botani
  9. Fizik
  10. Genetik
  11. Geologi
  12. Kejuruteraan Kimia
  13. Kejuruteraan Sekitaran
  14. Kimia
  15. Kimia Biologi
  16. Matematik
  17. Mikrobiologi
  18. Nanoteknologi
  19. Pemakanan
  20. Pemuliharaan Sekitaran
  21. Pengajian Aktuari
  22. Pengurusan Keselamatan Industri
  23. Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
  24. Penyelidikan Operasi
  25. Sains Bahan
  26. Sains Data dan Analitik
  27. Sains Genom
  28. Sains Laut
  29. Sains Makanan
  30. Sains Nuklear
  31. Sains Sekitaran
  32. Statistik
  33. Zoologi

Penyelidikan & Sepenuh masa / Separuh masa

Sepenuh masaSeparuh masa
6 – 12 semester (3 – 6 tahun)8 – 14 semester (4 – 7 tahun)

 

Kemasukan: 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I atau II

Kursus Wajib

STPD8014   Kaedah Penyelidikan

4

III

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

V

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

  • Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyelia tidak kurang daripada 40 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa, atau 20 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa.
  • Lulus peperiksaan lisan dan menghasilkan sebuah tesis di akhir program.
  • Menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) artikel Jurnal berindeks WoS sebagai syarat bergraduat
  • Pelajar Antarabangsa wajib lulus kursus Bahasa Melayu bagi tujuan pengijazahan
    • LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa; atau
    • LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

STPD8014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini bertujuan memberi panduan dalam merancang, melaksana dan menjayakan sesuatu penyelidikan saintifik. Pelajar didedahkan kepada falsafah dan etika sains bagi membentuk penyelidik dengan citra berwibawa. Pendedahan diberikan agar pelajar mampu mengenal pasti dan mengurus risiko dalam penyelidikan saintifik. Selain itu, pelbagai isu dan perundangan berkaitan penyelidikan seperti harta intelek, hakcipta, ciplak dan sebagainya juga dibincangkan. Selanjutnya pelajar dibimbing untuk merangka projek penyelidikan masing-masing dan diminta menyediakan kertas usulan penyelidikan. Untuk itu, pelajar dilatih dengan teknik-teknik pencarian  maklumat  secara  manual  dan  atas  talian,  mengenal  pasti  isu  serta  objektif penyelidikan, merancang penyelidikan dan mereka bentuk eksperimen dalam tempoh masa pengajian. Pelajar diminta menyediakan kertas usulan menggunakan format yang diberikan dan dipastikan bebas plagiat melalui pengenalan kepada penggunaan sistem penyemak plagiarisme. Pelajar berpeluang membentangkan usulan dalam seminar dan perlu mempertahankannya. Pelajar juga berpeluang menghasilkan kertas ulasan berdasarkan kajian perpustakaan dan reka bentuk kajian yang dijalankan. Pelajar dinilai berdasarkan penulisan ulasan kepustakaan dan cadangan penyelidikan, kehadiran serta pembentangan cadangan penyelidikan.

  • Memiliki Ijazah Sarjana dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh keputusan cemerlang (Kelas Pertama) dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat;
  • Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar bukan warganegara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Pakarunding sektor awam dan swasta 
  2. Pensyarah 
  3. Penyelidik agensi awam dan swasta
  4. Pegawai Penyelidik agensi awam dan swasta

Ketua Program Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar

Dr. Nurul Ain’ Ab Jalil

Emel : nurulain@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4826

Bidang:

  1. Pemuliharaan Sekitaran
  2. Kejuruteraan Sekitaran
  3. Sains Sekitaran
  4. Geologi
  5. Sains Laut

Ketua Program Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi

Dr. Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd No0r

Emel : syaidatul@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5970

 

Bidang:

  1. Biokimia
  2. Biologi
  3. Bioteknologi
  4. Botani
  5. Genetik
  6. Sains Genom
  7. Mikrobiologi
  8. Biologi Molekul
  9. Bioteknologi Tumbuhan
  10. Zoologi

Ketua Program Jabatan Sains Kimia

Prof. Madya Dr. Siti Aishah Hasbullah

Emel : aishah80@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4393

Bidang:

  1. Kejuruteraan Kimia
  2. Kimia
  3. Kimia Biologi

Ketua Program Jabatan Sains Makanan

Dr. Norlida Mat Daud @ Daud

Emel : norlida.daud@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 3816

Bidang:

  1. Sains Makanan
  2. Pemakanan

Ketua Program Jabatan Sains Matematik

Prof. Dr. Anuar Mohd Ishak

Emel : anuar_mi@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5756

Bidang:

  1. Pengajian Aktuari
  2. Sains Data dan Analitik
  3. Matematik
  4. Penyelidikan Operasi
  5. Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
  6. Statistik

Ketua Program Jabatan Fizik Gunaan

Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong

Emel : khoo@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4506

Bidang:

  1. Bioinformatik
  2. Biofizik
  3. Pengurusan Keselamatan Industri
  4. Sains Bahan
  5. Nanoteknologi
  6. Sains Nuklear
  7. Fizik

Yuran Pengajian

Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM18,914.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 745.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 2,239.00 - Yuran Pengajian
  • RM 3,994.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 2,984.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Wargenagara (Separuh Masa)

RM19,765.00 / pengajian (minimum 8 semester)
  • RM 885.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 525.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 1,835.00 - Yuran Pengajian
  • RM 3,245.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 2,360.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM58,710.00 / pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 1,710 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 9,500.00 - Yuran Pengajian
  • RM 11,210.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 9,500.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate »