Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (ENTOMOLOGI)

Entomologi adalah satu bidang sains yang mengkhusus kepada pembelajaran dan kajian terhadap segala aspek berkaitan dengan serangga. Kepentingannya kepada manusia dan alam sejagat amat ketara kerana dunia yang semakin tidak bersempadan dan serba canggih sekarang, di mana manusia dapat pergi daripada satu negara ke negara lain dengan mudah yang secara tidak langsung mereka boleh membawa serangga perosak dan serangga bawaan penyakit yang merbahaya bersama-sama mereka. Selain daripada itu kesan pembangunan fisikal yang secara langsung mengubah ekosistem, lanskap dan habitat serangga tersebut selalunya menyumbang kepada kemerosotan tahap kepelbagaian serangga, kehilangan spesies serangga yang sensitif kepada gangguan dan yang terpenting sekali menggalakkan serangga yang mulanya dapat hidup secara harmoni dengan manusia dan alam sekitarnya kepada tahap yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan hidup manusia. Oleh kerana itu adalah menjadi satu kewajipan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia memainkan peranan untuk melatih serta menghasilkan graduan di peringkat Sarjana Sains (Entomologi) yang mempunyai pengetahuan yang mahir dengan pengetahuan dan permasalahan yang berkaitan dengan serangga.

Program Sarjana Sains (Entomologi) secara kursus dan tesis ini disediakan bagi calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kaji Serangga secara sepenuh masa (setahun) atau separuh masa (dua tahun). Program yang disajikan memberi peluang pelajar-pelajar menghargai, memahami dan mempelajari segala aspek berkaitan ilmu kaji serangga terutama yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan serangga terhadap bidang sains berkaitan secara umumnya, kestabilan ekosistem, kesejahteraan manusia dan alam sejagat. Untuk mencapai hasrat ini pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus wajib (teras) dan kursus pilihan yang kesemuanya berkaitan dengan bidang kaji serangga. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menjalankan kerja-kerja penyelidikan pendek sesuai dengan had masa setahun pengajian mereka. Adalah diharapkan dengan mengikuti kursus-kursus ini mereka boleh melengkapi diri mereka dalam bidang pengkhususan Sarjana Sains (Entomologi) di samping menyediakan diri mereka apabila keluar bekerja nanti dan juga sebagai asas kepada perlanjutan pengajian mereka ke tahap Doktor Falsafah mengkhusus dalam bidang yang sama atau yang berkaitan.

Kerja Kursus & Sepenuh Masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

 

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

 

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024   Kaedah Penyelidikan

STAP6974   Projek Penyelidikan I

8

Kursus Pilihan

STAB6614    Sistematik Serangga

STAB6624   Ekologi Serangga

STAB6633   Morfologi dan Anatomi Serangga

11
II

Kursus Wajib

STAB6673   Entomologi Molekul

STAP6986   Projek Penyelidikan II

9
Kursus Pilihan

STAB6644   Pengurusan Serangga Perosak

STAB6654   Fisiologi Serangga

STAB6664   Entomologi Perubatan dan Bandar

12

Jumlah Keseluruhan Kredit

40

STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

 

STAB6614 Sistematik Serangga

Kursus ini bermula dengan pengenalan ‘sistematik’, sejarah perkembangan dan aktiviti sistematik termasuk sistematik serangga tempatan. Pelajar akan didedahkan kepada usaha meningkatkan pengetahuan taksonomi seperti mempelajari prinsip-prinsip dalam sistematik yang melibatkan pengelompokan, pengelasan dan tatanama mengikut Kod Antarabangsa Tatanama Zoologi (ICZN).  Pelajar juga didedahkan dengan bidang-bidang yang berkaitan seperti evolusi, ekologi, etologi, biogeografi dan sebagainya. Dalam menghayati aktiviti sistematik, tiga aspek utama akan diberikan penekanan iaitu ciri morfologi, reproduktif dan molekul (DNA).  Pengenalan dan penggunaan perisian seperti PAUP untuk membina suatu filogeni turut diaplikasikan.  Latihan penulisan manuskrip taksonomi dan pembinaan filogeni suatu kumpulan serangga terpilih merupakan tugasan dalam kursus ini.

 

STAB6624 Ekologi Serangga

Kursus ini membincangkan tabiat dan peranan serangga dalam perspektif ekologi.  Aspek-aspek ekologi serangga yang meliputi pertumbuhan, kemandirian, pembiakan, peranan perumah, faktor biotik dan abiotik, adaptasi, variasi genetik, sistem hidup dan pola taburan dilihat secara lazim dan juga dalam perspektif gunaan mutakhir.  Konsep serangga dalam ekosistem, kepelbagaian dan struktur trofik, peranan sebagai pengurai, pendebunga, vektor serta dinamik dan kawal-atur populasi serangga juga dibincangkan.  Aspek kepelbagaian dan pemuliharaan juga akan dibincangkan dengan memberi contoh kepada serangga yang bernilai tinggi dari sudut ekologi, ekonomi, perubatan dan aestetika termasuk spesies-spesies yang dilindungi.

 

STAB6633 Morfologi dan Anatomi Serangga

Kursus ini membincangkan bentuk struktur luaran dan dalaman serangga sebagai serangga (arthropoda dengan tubuh terbahagi kepada 3: kepala, toraks dan abdomen) yang mempunyai bentuk asas dan apendej serta modifikasi/ adaptasinya yang membolehkan serangga berfungsi, bermandiri dan beradaptasi sehingga ia merupakan makluk paling berjaya dan pelbagai di muka bumi ini, dalam konteks sebagai asas kefahaman biologi, ekologi, pengelasan, dan fisiologi serangga. Antara yang dibincangkan termasuklah: bentuk, dinding (rangka-luar), segmentasi tubuh; struktur dan apendej pada kepala (termasuk mata, antenna, bahagian mulut dan adaptasi cara pemakanan), toraks (termasuk sayap dan penerbangan, kaki dan pergerakan, spirakel dan pernafasan) dan abdomen (termasuk spirakel, apendej reproduktif, genitalia dan bukan reproduktif). Didedahkan juga pengetahuan struktur dalaman: rangka-dalam; sistem otot (dan pergerakan); sistem pemakanan (mengikut jenis pemakanan); sistem peredaran (terbuka dan darah); sistem penafasan (trakea, teresterial, akuatik, parasitik); sistem perkumuhan; sistem pembiakan (jantan dan betina) dan perkembangan; sistem saraf (dan organ deria).  

 

STAB6673 Entomologi Molekul

Kursus entomologi molekul akan memberi peluang kepada pelajar untuk bersama-sama mengikut pola semasa iaitu memahami dan menggunakan alatan yang diguna dalam biologi molekul bagi lebih memahami serangga. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada teknik-teknik memanipulasi serangga pembawa penyakit kepada manusia dan tanaman dan juga menambaik program pengurusan bersepadu serangga perosak. Oleh kerana itu kursus ini akan dimulakan dengan memperkenalkan kepada pelajar mengenai pengetahuan asas biologi molekul serangga dan juga haiwan eukariotik lain dan kemudiannya mendedahkan mereka kepada bagaimana hendak mempergunakan teknik-teknik molekul dan bioteknologi dalam membincangkan tajuk-tajuk entomologi termasuklah genetik molekul kelakuan serangga, sistematik dan evolusi, memasukan gene insektisid ke dalam pokok, serangga transgenic, menambahbaik daya jangkit agen kawalan biologi dan juga mekanisme kerintangan racun oleh serangga perosak. Proses analisa molekul yang khusus untuk serangga dan berpotensi untuk kejuruteraan genetik serangga juga akan dibincangkan. Kursus ini akan sepenuhnya dijalan secara kuliah dan perbincangan namun pelajar akan diberi peluang melawat makmal biologi molekul supaya boleh berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang biologi molekul dan melihat sendiri bagaimana mereka mengunakan alat-alat tersebut.

 

STAB6644 Pengurusan Serangga Perosak

Kursus ini akan membincangkan prinsip-prinsip pengurusan serangga perosak secara bersepadu (PPB). Komponen-komponen penting dalam mempastikan kejayaan PPB seperti asas biologi, ekologi dan kelakuan serangga perosak, faktor-faktor abiotik dan biotik, jenis kerosakan, tahap kerosakan ekonomi, pemantauan, pensampelan, strategi dan taktik pengawalan yang lebih mesra alam terutamanya menggunakan agen-agen kawalan biologi (pemangsa, parasitoid, patogen dan racun mikrobil) akan dibincangkan. Konsep pengurusan secara talian terus dan pembangunan model, melaksana, menganalisis program PPB dalam suasana sosial (termasuk aspek perundangan pertanian),  politik, persekitaran (termasuk aspek serangga kuarantina) dan faktor ekonomi yang terbatas. Perbincangan juga akan menyentuh perundangan tentang pembikinan, penggunaan dan penjualan racun perosak serta aspek-aspek kuarantin serangga. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sumbangan teknik-teknik bioteknologi kepada kemajuan PPB. Di akhir kursus pelajar-pelajar dikehendaki membangunkan sistem pengurusan secara bersepadu untuk tiga spesies serangga perosak utama yang terkini. 

 

STAB6654 Fisiologi Serangga

Kursus ini akan membincangkan pelbagai proses dalaman serangga yang membolehkan serangga bermandiri dan membiak. Proses fisiologi yang asas merangkumi sistem endokrin dan perkembangan serangga, pencernaan dan nutrisi,  perkumuhan dan kesimbangan ion, sistem peredaran dan imunologi, respirasi,  integument dan salin kulit, pembiakan dan perkembangan embrio, sistem eksokrin dan komunikasi serangga. Di samping itu, otot dan pergerakan, sistem saraf-sensori dan sistem saraf-integrasi serta tenaga metabolisme dan penerbangan juga akan dibincangkan. Para pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan dan pendekatan molekul dalam bidang fisiologi serangga termasuk kerintangan serangga terhadap insektisid kimia dan mikrobial. Di akhir kursus para pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang berkaitan dengan bidang fisiologi serangga.     

 

STAB6664  Entomologi Perubatan dan Bandar

Kursus ini akan membincangkan aspek pengenalan dan pengelasan semua serangga yang mempunyai kepentingan kesihatan (manusia dan haiwan domestik serta ternakan), penyebab kerosakan struktur bangunan, dan juga serangga perosak makanan, bahan simpanan dan lain-lain hartabenda. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada aspek-aspek biologi, ekologi dan kelakuan, dan juga pendekatan pengawalan yang terkini (pengurusan secara bersepadu) terutamanya dengan menggunakan kaedah-kaedah atau startegi yang lebih mesra alam, mudah, murah dan diterima ramai. Di samping itu aspek perundangan dan dampak kaedah pengawalan dari segi ekonomi dan politik juga akan disentuh. Penumpuan yang lebih akan diberikan kepada serangga-serangga seperti nyamuk, lalat (termasuk juga Drosphila melanagaster), lipas, anai-anai, kutu, pijat dan pinjal. Lawatan-lawatan ke Pusat-pusat atau Institut Penyelidikan yang berkaitan akan dibuat bagi memberi peluang pelajar mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang sedang dan akan dilakukan terhadap beberapa serangga berkepentingan kesihatan (perubatan) dan perosak struktur bangunan dan barangan di tempat kediaman/simpanan. Di akhir kursus setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas kerja (pilihan bebas) berkaitan dengan mana-mana serangga yang dibincangkan di dalam kursus ini.

 

STAP6974 Projek Penyelidikan I

Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu dalam bidang sains biologi menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan imbauan satu tajuk penyelidikan yang terpilih

 

STAP6986 Projek Penyelidikan II

Kursus ini bertujuan menawarkan pelajar untuk mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan satu tajuk yang diminati di bawah bimbingan seorang atau kumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau analitik. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankan secara lisan

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.

Penyelaras Program

Dr. Izfa Riza Hazmi

Emel : izfahazmi@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 3818

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM6,450.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 115.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate »