Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (FIZIK GUNAAN)

Fizik Gunaan merupakan bidang yang mengkaji kedua-dua fizik klasik dan fizik moden serta menggabungkannya untuk aplikasi terkini. Ia merupakan sains yang membolehkan reka bentuk dan operasi terhadap kebanyakan komponen-komponen seharian termasuk cip komputer, laser, sel suria, peralatan perubatan, sensor dan telefon bimbit.

Kurikulum program siswazah Fizik Gunaan mengandungi kursus teras dan kursus pilihan. Kursus teras dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan fizik asas dan mahir dalam komputer, matematik dan instrumentasi. Kursus pilihan boleh diambil daripada senarai kursus-kursus yang ditawarkan supaya pelajar dapat membangunkan bidang pengajian yang diminati. Projek penyelidikan perlu dilakukan sepanjang tempoh pengajian untuk memberi pengalaman melakukan penyelidikan secara individu di bawah penyeliaan pensyarah jabatan. Projek penyelidikan memfokuskan kepada penggunaan fizik dalam menyelesaikan masalah saintifik dan teknologi. Projek penyelidikan bermula dengan melakukan kajian kepustakaan secara intensif dan diikuti dengan melakukan ujikaji dan penyediaan laporan penyelidikan.

Program ini direka bentuk untuk menghasilkan profesional dengan kemampuan yang luas, sesuai untuk karier dalam penyelidikan teknikal atau pengajian siswazah lanjutan. Ia menyediakan latihan graduan dan pengalaman projek penyelidikan yang diperlukan oleh sektor industri, kerajaan dan organisasi R&D.

Bidang penyelidikan dan kepakaran pensyarah di Jabatan Fizik Gunaan adalah merangkumi sains bahan, fizik keadaan pepejal, peranti filem nipis, sains angkasa, dan fizik teori dan komputasi.

Kerja kursus & Sepenuh masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

 

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

 

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024
Kaedah Penyelidikan

STSP6014
Kaedah Analisis Berinstrumentasi

STSP6033
Kaedah Bermatematik Lanjutan

STSP6053
Elektromagnetisme Lanjutan 

STSP6972
Projek Penyelidikan I

16

Kursus Pilihan

 

STSP6113
Metalurgi Fizik

STSP6133
Biobahan

STSP6153
Bahan dan Teknologi Komposit

STSP6173
Sains dan Teknologi Agrobahan

STSP6773
Modifikasi Kimia Kayu

STSP6333
Teknologi Filem Nipis

STSP6713
Mekanik Statistik

**Penawaran kursus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar.

**Pilih 4 kursus  – Jumlah: 12 unit
II

Kursus Wajib

STSP6023
Mekanik Kuantum Gunaan

STSP6043
Fizik Komputasi Lanjutan

STSP6986
Projek Penyelidikan II

12
Kursus Pilihan

STSP6123
Polimer Termaju

STSP6163
Pemantauan dan Kawalan Kakisan

STSP6323
Magnetisme dan Kesuperkonduksian

STSP6343
Nanoteknologi

STSP6383
Sensor dan Sistem Sensor

STSP6743
Fizik Angkasa

**Penawaran kursus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar.

**Pilih 4 kursus  – Jumlah: 12 unit

Jumlah Keseluruhan Kredit

40

STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

 

STSP6023  Mekanik Kuantum Gunaan

(Prasyarat : Mekanik Kuantum di peringkat prasiswazah)

Kursus ini adalah kursus yang ketiga dalam siri kursus mekanik kuantum. Pra-syarat bagi membolehkan mengikuti kursus ini adalah telah mengikuti dengan jayanya kursus STSF2223 dan STSF3213 atau yang setara dengannya. Kursus ini adalah berteraskan kepada formalism teras, konsep dan kaedah dalam Mekanik Kuantum. Penyelesaian persamaan Schrodinger bagi pelbagai keupayaan. Aplikasi Mekanik Kuantum dalam fizik logam, semikonduktor (contohnya telaga kuantum), bahan dimensi rendah dan superkonduktor. Interpretasi Mekanik Kuantum dan Masalah Asasiah : Interpretasi Copenhagen, Sejarah Tekal, Alam Selari, De Broglie-Bohm dan QuBisme. Teori keterkaitan kuantum, teori nyahkeruan kuantum dan teleportasi. Aplikasi teori nyahkeruan dan keterkaitan kuantum dalam bidang fotoniks, spintroniks, biologi kuantum dan nanoteknologi.

 

STSP6033  Kaedah Bermatematik Lanjutan

Kursus ini membincangkan kemahiran penggunaan kaedah bermatematik dalam fizik tulen dan gunaan. Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah medan vector, penggunaannya dalam sistem Cartesan terherot dan koordinat melengkung. Selanjutnya akan dibincangkan fungsi pembolehubah kompleks, permukaan Riemann, teorem Cauchy, siri Taylor, siri Laurent, teorem baki dan pemetaan konformal. Penggunaan kaedah fungsi Green dan tensor dalam fizik akan dibincangkan. Ini termasuk tajuk mengenai Cartesan, kronecker dan Levi-Civita, kebezaan tensor, perwakilan kovarian dan perwakilan kontravarian termasuk simbol Christoffel tahap satu dan dua.

 

STSP6043  Fizik Komputasi Lanjutan

Kursus ini memperkenalkan penggunaan bahasa pengaturcaraan komputer dalam penyelesaian masalah fizik setelah mendedahkan pelajar terhadap konsep asas bahasa tersebut. Teknik yang akan diaplikasi adalah seperti pemodelan, simulasi, penyelesaian berangka dan paparan. Kursus ini diberikan secara kuliah dan amali. Antara topik yang akan diaplikasikan adalah seperti fizik angkasa, astrofizik, medan elektromagnet dan mekanik kuantum.

 

STSP6053  Elektromagnetisme Lanjutan

(Prasyarat : Elektromagnetisme di peringkat prasiswazah)

Kursus ini membincangkan kaedah pemprosesan maklumat dengan gelombang elektromagnet, bahan dan peranti elektromagnet. Kursus ini diberikan secara kuliah dan tajuk utama yang dibincang adalah: asas teori elektromagnet, kerelatifan khas dalam elektromagnet,  Persamaan Maxwell, Analisis tensor dan pseutensor dalam bahan elektromagnet, Keupayaan terencat, interaksi gelombang elektromagnet dengan zarah bercas, Formalasi Langrange, Jelmaan Gauge, monokhutub dan multikhutub, aplikasi elektromagnetik dalam fizik keadaan pepejal, optik klasik, teori sinaran dan telekomunikasi.

 

STSP6113  Metalurgi Fizik

Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk mengenai pemejalan, rawatan haba, aloi termaju dan pemprosesan logam. Termodinamik dan kinetik pemejalan dibincangkan. Jenis-jenis dan teknik rawatan haba dan rawatan mekanik serta kesannya terhadap kecacatan logam dan sifat-sifat logam juga dibincangkan. Kursus ini turut memperkenalkan aloi termaju iaitu aloi ringan, aloi suhu tinggi, aloi ingatan bentuk, aloi biobahan dan aloi superplastik. Teknik-teknik pemprosesan logam dan aloi serta kaitannya dengan sifat dan kegunaan produk logam atau aloi berkenaan juga dikemukakan.

 

STSP6123  Polimer Termaju

Kursus ini membincangkan teori asas secara ringkas, ciri dan pembuatan pelbagai jenis bahan polimer, jenis-jenis polimer maju, sifat-sifat, kegunaan, keunikan dan kelebihan serta cara pemprosesan/penyediaan. Perbincangan lebih mendalam akan dibuat mengikut setiap kategori polimer termaju masa kini.

 

STSP6133  Biobahan

Kursus ini akan membincangkan pelbagai bahan sintetik yang boleh dibuat bagi menggantikan bahan biologi asli manusia. Tajuk yang dibincangkan adalah polimer sebagai biobahan, ciri-ciri, kegunaan dan pemprosesannya.  Selanjutnya akan diperkenalkan bahan bioseramik yang meliputi tajuk komposit asas ZrO2, komposit asas Al2O3 dan sistem oksida lain dan penggunaan dalam sistem badan manusia. Perbincangan juga meliputi hidroksiapatit, iaitu sifat-sifat, teknik penghasilan dan kegunaan terkini.  Antara pelbagai kegunaan bahan biobahan yang akan dibincangkan adalah bahan ganti gigi, dan aloi logam sebagai bahan ganti tulang (contoh: keluli kalis karat, aloi titanium dll).  Akhir sekali akan diterangkan kaedah ujian mekanik dan ujian kesesuaian biologi.

 

STSP6153  Bahan dan Teknologi Komposit

Kursus ini membincangkan semua jenis komposit dan sifat-sifatnya, serta teknik pembuatan dan penggunaannya. Tajuk utama yang akan dibincangkan adalah jenis-jenis gentian dan matriks, komposit polimer (PMC), komposit logam (MMC) dan komposit seramik (CMC). Teknik analisis mikromekanik, makromekanik dan antaramuka juga akan dibincangkan. Akhir sekali akan dibincangkan kaedah fabrikasi dan teknologi pembuatan terkini komposit.

 

STSP6163  Pemantauan dan Kawalan Kakisan

Kursus ini memperkenalkan teknik-teknik kawalan kakisan iaitu pemilihan bahan, mengubah keadaan persekitaran, rekabentuk produk, salutan, dan perlindungan katodik dan anodic. Perbincangan bagi teknik kawalan kakisan meliputi perinsip dan mekanisme serta peralatan. Kesesuaian teknik kawalan kakisan terhadap jenis-jenis kakisan turut dibincangkan. Teknik-teknik pemantauan kakisan yang dibincangkan termasuklah teknik ujian tanpa musnah, teknik elektrokimia dan teknik nuklear. Kepentingan kawalan dan pemantauan kakisan dari aspek keselamatan dan ekonomi turut dibincangkan.

 

STSP6173  Sains dan Teknologi Agrobahan

Kursus ini membincangkan  bahan mentah lignoselulosa hasil pertanian (agro industri) yang terdapat di Malaysia seperti padi, kenaf, tebu, kelapa, kelapa sawit, nenas, pisang, manakala hasil hutan seperti pokok kayu keras dan buluh. Cara pemprosesan mendapatkan bahan lignoselulosa ditekankan. Penghasilan produk komposit seperti pulp, kertas, bod gentian berketumpatan sederhana (MDF), bod partikel, bod stan berorientasi, papan lapis, bod plastik dan bod simen akan dibincangkan. Modifikasi kimia kepada gentian ditekan bagi memperbaiki antara muka gentian. Kimia dan jenis perekat dan salutan dibincangkan bagi memperbaiki permukaan dan ikatan antara gentian.

 

STSP6323  Magnetisme dan Kesuperkonduksian

Kursus in terdiri daripada dua tajuk; pertama mengenai magnetisme dan kedua mengenai kesuperkonduksian. Tajuk-tajuk dalam magnetisme termasuklah bahan magnet, diamagnet, paramagnet, feromagnet, ferimagnet, antiferomagnet, teori domain dan proses pemagnetan, pengukuran, penyediaan dan kegunaan. Tajuk-tajuk dalam kesuperkonduksian termasuklah fenomenon asas, bahan superkonduktor, superkonduktor jenis-I dan jenis-II, peralihan fasa, teori Ginburg-landau, vorteks Abrikosov, teori BCS, jurang tenaga, penerowongan Josephson, SQUID, superkonduktor suhu tinggi, ketakisotropan, struktur, Gambar rajah fasa dan kegunaan superkonduktor.

 

STSP6333  Teknologi Filem Nipis

Secara am, kursus ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu teori dan teknik penghasilan filem nipis, pencirian filem nipis dan aplikasi filem nipis. Kursus dimulakan dengan memperkenalkan fizik filem nipis yang meliputi tajuk seperti proses pembentukan dan struktur filem nipis. Selanjutnya akan dibincangkan pelbagai teknik penyediaan filem nipis seperti penyejatan, percikan dan salutan berputar.  Kaedah pencirian filem nipis seperti ketebalan, struktur hablur, morfologi permukaan, struktur elektronik dan pencirian kimia turut disentuh. Juga akan dibincangkan mengenai sifat filem nipis seperti elektrik, optic, terma, mekanik dan magnet diikuti dengan perbincangan mengenai penggunaan filem nipis, sama ada penggunaan pasif dan aktif, juga peranti filem nipis. Akhir sekali satu seminar mengenai perkembangan terbaru filem nipis akan dibentangkan oleh pelajar.

 

STSP6343  Nanoteknologi

Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk mengenai perubahan sifat elektronik, sifat magnet, sifat mekanik dan sifat optik bahan penebat, semikonduktor dan logam apabila menjadi kecil berskala nanometer. Kaedah mendapatkan nanobahan samada melalui kaedah atas ke bawah atau bawah ke atas serta contoh-contoh penyediaan nanobahan dengan kaedah fizik (ablasi laser, pengisar bebola, pengendapan plasma) dan kaedah kimia (sol-gel, penempletan misel dan mikroemulsi, mekanokimia dan sonokimia) diberikan. Pencirian nanobahan dengan kaedah AFM (Atomic Force Microscopy), FESEM (Field-emission Scanning Electron Microscopy), spektroskopi UV-Vis, TEM (transmission electron microscopy), XPS (X-ray photo spectroscopy) dan beberapa kaedah lain dihuraikan. Hubungan antara perubahan sifat nanobahan dengan sekitarannya yang boleh menjadikan nanobahan sebagai sensor dan lain-lain aplikasi nanobendalir akan dibincangkan. Pelajar mungkin diminta untuk membentang beberapa seminar untuk menghuraikan penemuan  baru dalam nanoteknologi.

 

STSP6383  Sensor dan Sistem Sensor

Pengenalan, pengelasan sensor dan pengaktuasi, strategi pengesanan dan pengaktuasi keperluan umum untuk pengantara muka dan pengaktuasian, pengesan, transduksi, pengaktuasian.  Ciri-ciri prestasi sensor dan pengaktuasi, sensor optik-fotodiod, sensor berasaskan fotoransistor dan fotoperintang, pengganda foto, pengesan cahaya ke cahaya, sensor inframerah, sensor suhu, sensor termo rintangan, termistor, sensor resistif silikon, sensor dan pengaktuasi magnet dan elektromagnet, sensor mekanikal-meter pecutan (kapasitif, piezoelektrik, piezo rintangan terma), sensor daya tolak keterikan, sensor tactile,  sensor tekanan (sensor dan pengaktuasi semikonduktor, piezoresistif, akustik, sensor-kimia-elektrokimia, sensor termo-kimia, ChemFET, gas pH, kelembapan, kelengasan dan radiasi optik-kimia.

 

STSP6713  Mekanik Statistik

Kursus ini membincangkan topic tentang ensemble statistik ( mikrokanonik, kanonik dan kanonik gedang serta ensembel campuran), fungsi partisi dan tenaga bebas bagi jenis-jenis ensembel ini dan kegunaannya untuk menghasilkan kuantiti termodinamik. Fungsi Mayer dan beberapa model bendalir menggunakan persamaan hyperjaring berantai. Teorem fluktuasi-dissipasi. Model Ising dalam 2 dan 3-dimensi. Transisi fasa dan pencirian menggunakan model Ising. Model Landau-Ginsburg diaplikasikan kepada sistem magnet, hablur cecair dan pepejal. Superbendalir, superkonduksian dan kondensat Bose-Einstein. Aplikasi termodinamik dalam teori serakan sinar-X dan serakan-cahaya, mekanik statistik dalam  sistem membran cecair. Termodinamik tak ekstensif (nanotermodinamik) dalam bahan berdimensi rendah.

 

STSP6743  Fizik Angkasa

Dalam kursus ini, pelajar akan diperkenalkan kepada beberapa domain fizik angkasa seperti sistem Matahari, angin suria, magnetosfera Bumi, medan geomagnet dan ionosfera Bumi. Pelajar akan didedahkan terhadap pengetahuan asas setiap domain, profil termasuk taksiran, ciri-ciri am dan khusus, serta sejarah penemuan atau ujikaji. Selain itu, para pelajar juga mempelajari dan mengakses data dan indek yang terdapat dalam domain-domain terlibat termasuklah memanipulasi model dan mengenali alatan-alatan untuk cerapan. Akhir sekali, perbincangan mengenai kajian-kajian terkini dalam bidang sains angkasa serta kupasan isu-isu semasa yang berkaitan akan diadakan. Beberapa siri pembentangan dan perbincangan akan diadakan sepanjang kursus.

 

STSP6773  Modifikasi Kimia Kayu

Kursus ini membincangkan mengenai kimia bio sumber lignoselulosa yang melibatkan komponen kimia utama iaitu selulosa, hemiselulosa dan lignin. Kimia Selulosa yang melibatkan selulosa I, II, III dan IV akan dibincangkan. Tindakbalas selulosa dengan reagen kimia utama melibatkan tindakbalas kumpulan hidroksil dengan bahan reagen tindakbalas utama akan diberikan fokus utama bagi penghasilan terbitan selulosa dan selulosa terjana semula. Manaka kimia lignin yang membezakan monomer HGS dari jenis tumbuhan yang berbeza. Tindakbalas lignin dengan beberapa reagen kimia bagi penghasilan bahan perekat dan lekatan serta pengisi komposit akan dibincangkan. Manakala kumpulan kimia komponen terakhir hemiselulosa merupakan polimer dari monomer gula ringkas perbagai jenis bergantung dari spesis pokok dan bahan kimia penukaran polimer ringkas hemiselulosa kepada gula ringkas akan dibincangkan. Perbincangan juga akan meliputi penghasilan asid levulinik, methanol dan lain-lain bagi tujuan bahan bakar.

 

STSP6972  Projek Penyelidikan I

Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan imbauan satu tajuk penyelidikan yang dipilih.

 

STSP6986  Projek Penyelidikan II

Kursus ini bertujuan menawarkan pelajar untuk mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan satu tajuk yang diminati di bawah bimbingan seorang atau sekumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau analitik. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankan secara lisan.

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Ahli Fizik Perubatan
  2. Ahli Metrologi
  3. Saintis Data
  4. Pegawai Penyelidik
  5. Pendidik

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar

Emel : adlyka@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5882

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM6,450.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 115.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Prof. Dr. Halimah Mohamed Kamari

Profesor di Universiti Putra Malaysia

Sholehah binti Ismail

Pegawai Penyelidik, Agensi Angkasa Malaysia

Translate »