Perkembangan dalam teknologi ujian ‘in situ’, sejak dua dekad yang lalu, amatlah pesat sekali terutama dalam sektor kejuruteraan awam dan sekitaran. Pelbagai teknik ujian dan pencirian bahan telah diperkenalkan termasuklah teknik geofizik kejuruteraan dan persekitaran. Keberkesanan, kejituan, kecepatan dan kos operasi yang relatif rendah, menjadikan teknik geofizik sangat penting dijalankan dalam sesuatu penyiasatan tapak dan kerja-kerja pemantauan alam sekitar. Terdapat pelbagai kaedah geofizik yang boleh digunakan untuk mendapatkan parameter kejuruteraan bahan di bawah permukaan bumi dan bidang ini memerlukan ahli geofizik yang bukan sahaja mahir tetapi cukup berpengalaman untuk mentafsir data geofizik yang diukur langsung daripada lapangan.
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada satu latihan kemahiran dalam pelbagai aspek bidang geofizik kejuruteraan dan persekitaran iaitu daripada perolehan, pemprosesan dan pentafsiran data serta pemahaman konsep asas kepada pemakaian teknik-teknik geofizik terkini. Teras utama kursus ini adalah untuk menampung keperluan tenaga mahir geofizik dalam industri kejuruteraan awam dan sekitaran. Kursus ini diadun sedemikian rupa untuk membolehkan pelajar memperolehi kemahiran dan kepakaran yang diinginkan oleh pihak kerajaan dan swasta.
Kerja kursus & Sepenuh masa
Minimum 2 semester (1 tahun)
Maksimum 4 semester (2 tahun)
Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)
*tertakluk kepada kalendar akademik UKM
Bahasa Inggeris
Semester | Taraf Kursus | Kod dan Nama Kursus | Jumlah Kredit |
I | Kursus Wajib | STPD6024 Kaedah Penyelidikan STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran STAP6974 Projek Penyelidikan I | 11 |
Kursus Pilihan | STAG6314 Geofizik Kejuruteraan STAG6324 Geofizik Persekitaran STAG6334 Geofizik Instrumentasi & Lapangan | 12 | |
II | Kursus Wajib | STAP6092 Etika Persekitaran STAP6986 Projek Penyelidikan II | 8 |
Kursus Pilihan | STAG6343 Pemprosesan Data Geofizik STAG6353 Pentafsiran Data Geofizik STAG6363 Hidrogeologi dan Proses Pencemaran | 9 | |
Jumlah Keseluruhan Kredit | 40 |
STPD6024 Kaedah Penyelidikan
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.
STAG6314 Geofizik Kejuruteraan
Kursus ini membincangkan prinsip asas kaedah geofizik yang digunakan dalam penyiasatan tapak untuk mendapatkan maklumat geologi kejuruteraan. Penekanan diberikan kepada teknik-teknik geofizik terkini (permukaan dan bawah permukaan) yang digunakan dalam industri. Hubungan antara parameter geofizik dan sifat kejuruteraan tanah dan batu, serta perbincangan beberapa kajian kes yang berkaitan.
STAG6324 Geofizik Persekitaran
Pengenalan kepada teori dan penggunaan kaedah geofizik (keberintangan geoelektrik, seismos, magnet, graviti, pengkutuban teraruh, keupayaan sendiri, elektomagnet dan GPR) dalam penilaian persekitaran tapak. Penekanan kepada tapak-tapak pembuangan sisa, pencemaran, pengesanan dan pemetaan struktur rerongga, objek terkambus dekat permukaan dan kajian kes.
STAG6334 Geofizik Instrumentasi dan Lapangan
Kursus ini memberi penerangan tentang prinsip kerja pelbagai peralatan geofizik dan membentuk kepakaran pelajar untuk menggunakan peralatan-peralatan tersebut bagi tujuan memperolehi data geofizik lapangan yang berkualiti dan memahami limitasi setiap alat dan kaedah geofizik yang digunapakai. Pada akhir kursus, pelajar mampu mengendalikan dan mengimport data yang direkod dalam peralatan yang digunakan.
STAG6343 Pemprosesan Data Geofizik
Kursus ini meliputi prinsip asas kaedah yang digunakan untuk menganalisis isyarat digital untuk kegunaan geofizik. Penggunaan dan amali pemprosesan data diberikan di makmal menggunakan perisian seperti RES2DINV, SeisOpt, Oasis Montaj, Sketctup dan Google Earth. Pengertian asas mengenai pengelasan dan perwakilan isyarat dan sistem, serta menu-menu yang terdapat di dalam perisian tersebut diberi penekanan serta contoh penggunaan.
STAG6353 Pentafsiran Data Geofizik
Kursus ini akan memberi kaedah asas pentafsiran data geofizik kejuruteraan dan persekitaran. Penekanan akan diberikan kepada pentafsiran data digital geofizik yang diperolehi di permukaan dan bawah permukaan yang digunakan dalam industri termasuk penggunaan perisian komputer dan pentafsiran, persembahan hasil (laporan, grafik dan peta) dan komunikasi serta keupayaan pelajar menghubungkaitkan hasil dengan geologi setempat.
STAG6363 Hidrogeologi dan Proses Pencemaran
Asas pengaliran air bawah tanah dan kawalan geologi termasuk penggunaan dalam penilaian, pemakaian dan pencirian sumber air. Kimia inorganik dan sebatian organik dalam air tanah. Pergerakan multifasa, transformasi, perencatan dan pengecilan bahan cemar serta proses geologi yang berkaitan.