Program Geologi Kejuruteraan secara kerja kursus merupakan program yang memfokuskan kepada bidang geologi gunaan di dalam aspek kejuruteraan. Program ini dibangunkan bagi melatih para pelajar menguasai kemahiran penyiasatan sifat batuan dan tanah melalui aktiviti kerja lapangan dan analisis makmal. Para pelajar turut dilatih untuk menghubung kaitkan tindak balas proses geologi terhadap permasalahan kejuruteraan seperti pendasaran, empangan, terowong serta bencana geologi di kawasan tropika seperti tanah runtuh janaan hujan, banjir dan banyak lagi.
Kerja kursus & Sepenuh masa
Minimum 2 semester (1 tahun)
Maksimum 4 semester (2 tahun)
Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)
*tertakluk kepada kalendar akademik UKM
Bahasa Inggeris
Semester | Taraf Kursus | Kod dan Nama Kursus | Jumlah Kredit |
I | Kursus Wajib | STPD6024 Kaedah Penyelidikan STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran STAP6974 Projek Penyelidikan I | 11 |
Kursus Pilihan | STAG6213 Geologi Kejuruteraan STAG6234 Kejuruteraan Batuan STAG6314 Geofizik Kejuruteran | 11 | |
II | Kursus Wajib | STAP6092 Etika Persekitaran STAP6986 Projek Penyelidikan II | 8 |
Kursus Pilihan | STAG6224 Kejuruteraan Tanah STAG6243 Penyiasatan Geobencana STAG6083 Hidrogeologi | 10 | |
Jumlah Keseluruhan Kredit | 40 |
STPD6024 Kaedah Penyelidikan
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.
STAG6083 Hidrogeologi
Takrifan dan skop hidrogeologi. Kaitan dengan bidang sains dan kejuruteraan. Air bawahtanah:kewujudan dan jenis. Kitaran hidrologi. Konsep keliangan dan ketertelapan. Jenis lapisan pekandung air dan penciriannya. Hukum Darcy. Kaedah penentuan ketertelapan makmal dan lapangan. Hidrogeokimia. Sifat air sebagai pelarut istimewa. Jenis larutan dalam air. Pengelasan air berdasarkan kandungan kimia. Penjelajahan air bawah tanah dan penggunaannya sebagai sumber air.
STAG6213 Geologi Kejuruteraan
Kursus ini bermula dengan pengenalan takrif, latar belakang dan perkembangan geologi kejuruteraan. Sistem pengelasan tanih dan batuan. Pemetaan geologi kejuruteraan. Jenis peta geologi kejuruteraan. Skala peta dan jenis pembinaan. Pemetaan geologi kejuruteraan di kawasan tropika. Perancangan penyiasatan dan penjelajahan geologi kejuruteraan. Penggerudian dan rakamannya. Pensampelan. Parit ujian dan rakamannya Ujian duga dalam dan penusukan. Ujian penusukan piawai. Ujian penusukan kon. Penafsiran hasil ujian. Laporan penyiasatan geologi kejuruteraan.
STAG6224 Kejuruteraan Tanah
Aliran air tanah, jaringan aliran dan penggunaannya, Hukum Darcy, Persamaan Keterusan; Teori konsolidasi tanah, isokron; Kekuatan ricih tanah, kelakuan tegasan-keterikan, keanjalan tanah, Teori Mohr-Coulomb; Tekanan bumi, tembok penahan, Teori Rankine; Keupayaan menampung tanah, pendasaran bangunan; Penyiasatan tapak dan ujian lapangan sifat tanah; Sifat fiziko-kimia dan mineralogi tanah; Penstabilan tanah:- kaedah fizikal dan kimia; Kes kajian seperti lebuhraya, empangan tanah, pendasaran bangunan.
STAG6234 Kejuruteraan Batuan
Pengenalan latar belakang dan perkembangan mekanik batuan dan geomekanik. Mekanik batuan berasaskan geologi. Sistem pengelasan jasad batuan: sistem RMR dan Q. Ketakhomogenan dan anisotropi. Peranan ketakselanjaran terhadap kelakuan mekanik bahan dan jasad batuan. Pencirian ketakselanjaran. Input mekanik batuan dalam pembinaan bukaan bawah tanah (terowong, gegua) empangan dan loji industri. Amali melibatkan penentuan sifat-sifat fizis dan mekanik bahan dan jasad batuan di makmal dan lapangan serta penyelesaian masalah berkenaan dengan kestabilan batuan dalam pembinaan.
STAG6243 Penyiasatan Geobencana
Kursus ini membincang proses-proses geologi dan semulajadi yang mempengaruhi sekitaran manusia secara katastropi. Kesan geobencana diperbesarkan oleh aktiviti manusia. Pengelasan geobencana. Konsep bahaya dan risiko. Tanah runtuh: takrifan, penentuan dan pengelasan. Bahaya tanah runtuh dan pengurusan risiko. Kajian kes. Amblesan dan lubang benam. Gempa bumi: pengelasan, magnitud dan keamatan. Pengesan dan pengukuran. Bahaya gempa bumi dan penebatan. Tsunami: latarbelakang dan pencirian. Dampak, kerosakan, pemantuan, amaran awal dan penebatan. Polisi dan tindakbalas terhadap gempa bumi dan tsunami di Malaysia. Banjir, hakisan, pengurusan bahaya dan risiko.
STAG6314 Geofizik Kejuruteraan
Kursus ini membincangkan prinsip asas kaedah geofizik yang digunakan dalam penyiasatan tapak untuk mendapatkan maklumat geologi kejuruteraan. Penekanan diberikan kepada teknik-teknik geofizik terkini (permukaan dan bawah permukaan) yang digunakan dalam industri. Hubungan antara parameter geofizik dan sifat kejuruteraan tanah dan batu, serta perbincangan beberapa kajian kes yang berkaitan.