Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (KIMIA)

Program ini menyajikan satu pakej yang lebih menarik terutama sekali dari segi tempoh minimum yang hanya 2 semester. Program ini disediakan untuk menarik lebih ramai calon-calon dari industri, kolej swasta, institut penyelidikan dan juga badan kerajaan yang mempunyai masa yang terhad untuk cuti belajar. Pelajar lulusan Program Sarjana Sains (Kimia) ini akan dapat memberi sumbangan dan memainkan peranan yang berkesan dalam kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi negara selaras dengan prinsip pembangunan negara.

Kerja kursus & Sepenuh masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

 

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

 

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024   Kaedah Penyelidikan

STKK6113   Kimia Kuantum

STKK6313   Mekanisme Tindak Balas Tak Organik

STKK6513   Sisntesis Organik

STKK6713   Prinsip Reka Bentuk Instrumen Analisis

STKK6972   Projek Penyelidikan I

18

Kursus Pilihan

 

STKK6342   Kimia Tak Organik Fizik

STKK6542   Kinetik dan Mekanisme Tindak Balas 

.

**Pilih 2 kursus  – Jumlah: 4 unit
II

Kursus Wajib

STKK6123   Kimia Polimer Lanjutan

STKK6323   Kimia Tak Organik Gunaan

STKK6523   Spektroskopi Kimia Organik

STKK6723   Sistem Pengurusan Kimia

STKK6986   Projek Penyelidikan II

18
Kursus Pilihan

STKK6142   Elektrokimia

STKK6762   Analisis Permukaan

**Pilih 2 kursus  – Jumlah: 4 unit

Jumlah Keseluruhan Kredit

40

STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

 

STKK6113  Kimia Kuantum

Kursus ini memperkenalkan dan membincangkan prinsip asas dalam teori kuantum. Topik-topiknya termasuklah prinsip kedualan zarah-gelombang, prinsip ketidaktentuan, persamaan Schrodinger, pengnormalan dan kuantil, interpretasi fungsian gelombang Born, pengoperasi, nilai dan fungsian Eigen, kebarangkalian dan nilai jangkaan. Aplikasi fungsian gelombang dalam menyelesaikan partikel dalam kotak dan pergerakan dua dimensi untuk pergerakan translasi, aras tenaga dan fungsian gelombang untuk getaran dan putaran dalam dua dan tiga dimensi dan spin untuk putaran akan dibincangkan. Dalam bahagian kedua kursus ini, pengajaran merangkumi topik berikut: spektrum atom, struktur atom H, tenaga pengionan, struktur molekul, teori orbital molekul, orbital pengikatan dan anti-pengikatan. Teori gabungan linear orbital atom (LCAO), teori orbital molekul Huckel dan pengkomputeran kimia juga akan dibincangkan.

 

STKK6123  Kimia Polimer Lanjutan

Pengkuliahan terbahagi kepada tiga aspek asas iaitu termodinamik pencampuran, kebolehcampuran dan pengadunan berkoloid. Tajuk perbincangan termodinamik merangkumi entalpi, entropi dan tenaga bebas, interaksi antara molekul dan keserasian. Perbincangan kebolehcampuran polimer akan tertumpu kepada kelikatan, reologi, morfologi dan keseimbangan fasa, sifat fizik dan mekanik adunan, dan pengadunan larutan danleburan. Pengadunan berkoloid akan dibincang dari aspek sebaran koloid, fasa tersebar dan penyebar, dan penggugusan molekul amfifilik, struktur dan sifat misel, kestabilan koloid, agen penyebaran dan pengadunan berkoloid.

 

STKK6142  Elektrokimia

Topik yang akan dibincang ialah pemilihan pelarut dan elektrolit, reka bentuk sel dan elektrod teknik voltametri untuk tindak balas sintetik dan sintesis elektrokimia dengan kaedahm elektrolisis keupayaan terkawal, spektro-elektrokimia, tindak balas elektrokimia di dalam media akueus dan pelarut organik. Selain itu, aplikasi dalam penyelidikan dan teknologi bateri serta sensor kimia/ biosensor turut diperkenalkan. Seterusnya dalam bidang industri kloralkali, elektrosintesis dan penyaduran akan dibincangkan.

 

STKK6313 Mekanisme Tindak Balas Tak Organik

Kursus ini akan mendedahkan pelajar segala aspek asas mekanisma tindak balas tak organik iaitu proses pembentukan ikatan dan celahan, pemindahan elektron, keadaan semulajadi bahantara, media dan kesan lain, dalam redoks tak organik dan organologam dan tindak balas gantian, termasuk proses yang melibatkan mangkin penting, sekitaran, biologi dan industri. Di samping itu akan dibincangkan beberapa contoh tindak balas tak organik dan organologam penting untuk menguatkan lagi pemahaman pelajar mengenai mekanisma tak organik.

 

STKK6323  Kimia Tak Organik Gunaan

Kursus ini akan membincangkan dua bahagian terpenting dalam kimia takorganik yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Bahagian pertama adalah struktur dan fungsi logam/ion logam dalam kehidupan manusia seperti mineral, vitamin dan ko-enzim. Tindak balas biokimia yang melibatkan kepada kehadiran ion logam seperti pengambilan, pengangkutan serta penyimpanan ion logam seperti besi; kuprum-protein, fotosintesis, ko-enzim dan mangkin enzim akan dibincangkan. Bahagian kedua adalah bahan takorganik digunakan dalam industri iaitu jenis tindak balas bermangkin secara homogen dan heterogen. Dalam bahagian mangkin homogen mekanisme tindak balas bermangkin menggunakan logam peralihan akan dibincangkan. Manakala dalam mangkin jenis heterogen pula hanya tertumpu kepada sistem cecair dan gas.

 

STKK6342  Kimia Tak Organik Fizik

Kajian yang mendalam mengenai sifat sebatian tak organik dan tindak balas yang boleh dialaminya. Tumpuan utama adalah kepada tindak balas gantian sebatian kompleks oktahedron, tetrahedron dan segi-empat mensatah. Konsep stabil, labil, langkah mekanisme, stereokimia, kesan trans serta bukti eksperimen bagi mekanisme sekutuan, penghuraian dan saling-tukaran akan dikaji. Selain daripada tindak balas gantian, tindak balas redoks dengan konsep sfera dalaman dan luaran dan juga tindak balas yang berlaku oleh ligan terkoordinat juga dikaji. Tindak balas ligan terkoordinat merangkumi hidrolisis ester, amida dan peptide, tindak balas templat dan elektrofilik. Tindak balas yang berkaitan dengan sistem biokimia akan juga dibicarakan.

 

STKK6513  Sintesis Organik

Membincangkan tindak balas ke arah pembentukan ikatan karbon-karbon dan tindak balas yang melibatkan penukaran antara kumpulan berfungsi. Kaedah sintetik dengan penekanan kepada penemuan, pembangunan dan kegunaan tindak balas kimia dalam sintesis, batasan dan skop tindak balas. Sintesis multi-peringkat hasilan semulajadi sebagai templat untuk pelbagai pendekatan dan strategi sintetik dan reagen sintetik menggunakan sebatian organologam akan dibincangkan.

 

STKK6523  Spektroskopi Kimia Organik

Kursus ini diperkenalkan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penentuan struktur dan stereokimia sebatian organik. Teori dan aplikasi kaedah spektroskopi moden bagi tujuan ini akan dibincang meliputi spektroskopi ultralembayung, inframerah, RMN satu dan dua dimensi dan spektrometri jisim. Di samping itu, pendekatan langkah demi langkah dalam elusidasi struktur sebatian organik yang melibatkan pengabstrakan dan interpretasi data spektrum ultralembayung, inframerah, RMN satu dan dua dimensi dan spektrometri  jisim akan dibincangkan dengan terperinci. Selain menitikberatkan latihan elusidasi struktur berdasarkan data spektroskopi, latihan pengoperasian instrumen juga akan dijalankan dalam satu slot kerja amali. Kepentingan data spektroskopi dan analisis fizikal dalam penentuan stereokimia sebatian organik juga akan disentuh.

 

STKK6542  Kinetik dan Mekanisme Tindak Balas

Mengkaji secara terperinci bagaimana kaedah dan data kinetik diperolehi serta diolah bersetuju dengan model tindak balas atau mekanisme yang dicadangkan bagi sesuatu tindak balas sama ada organik atau tak organik. Pelbagai mekanisme tindak balas yang lazim bagi tindak balas gantian, redoks, mangkin, asid-bes, pempolimeran dan enzim akan dikaji. Teknik penentuan tindak balas pantas dan lompatan suhu akan diperkenalkan. Konsep perhubungan linear tenaga bebas, kinetik kesan isotop dan pengolahan matematik bagi beberapa mekanisme tindak balas rumit akan dibincangkan.

 

STKK6713 Prinsip Reka Bentuk Instrumen Analisis

Pemahaman tentang prinsip kimia kualitatif dan kuantitatif dalam mereka bentuk instrumen analisis diterapkan. Sistem dan komponen dalam instrumen analisis – sumber cahaya, pemanas, optik, pam, motor, amplifier operasi, elektronik, unit pemprosesan berpusat (CPU), vakum, antaramuka, pengukuran isipadu dan jisim, pengesan dan lain-lain dibincangkan. Langkah-langkah dalam mereka bentuk sistem instrumen analisis untuk tujuan tertentu dan beberapa contoh penganalisa automatik dan penganalisa proses yang digunakan dalam pelbagai bidang juga akan diperkenalkan.

 

STKK6723  Sistem Pengurusan Kimia

Memperkenalkan hubungan antara ekonomi, industri, keselamatan dan alam sekitar. Penekanan diberikan kepada pengurusan bahan kimia berbahaya dan sisa terjadual serta akta dan peraturan yang berkaitan di Malaysia. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), Peraturan Pengkelasan, Pembungkusan dan Perlabelan Bahan Kimia, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127), Buangan Terjadual (1989), Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Kepada Kesihatan

(USECHH 2000), Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) dibincangkan. Analisis hazad (HAZAN, HAZOP), hubungan bahan kimia dengan toksikologi, kitaran bahan kimia dan kecemasan industri kimia, kebakaran dan tumpahan bahan kimia dan pelupusan sisa kimia terjadual serta keselamatan kebakaran juga dibincangkan. Pendedahan kepada pelbagai sistem pengurusan akan diberikan ternasuk jaminan kualiti (ISO 9001:2000), pengurusan alam sekitar (ISO 14000) dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan (OHSAS 18001), ISO17025. Good Manufacturing Practice. Cradle to Grave Management.

 

STKK6762  Analisis Permukaan

Kursus ini membincangkan kepentingan analisis permukaan, sistem vakum, ‘mean free path‘ (MFP), fenomena fotoelektron dan elektron Auger. Spektroskopi elektron yang melibatkan teori, instrumentasi dan analisis data bagi spektroskopi XPS, AES dan UPS. Analisis permukaan sampel pepejal berasaskan fenomena jerapan/nyahjerapan sampel menggunakan gas N2, persamaan BET, luas permukaan, saiz liang dan taburan liang. Jerapan selektif berasaskan jerapan kimia berasaskan gas H2 dan gas-gas lain. Kaedah analisis permukaan yang lazim digunakan melibatkan teori instrumentasi dan penggunaan instrumen AFM, SEM dan TEM.

 

STKK6972 Projek Penyelidikan I

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada proses penyelidikan mengikut bidang khusus dalam kimia iaitu kimia organik, tak organik, analisis, fizik dan polimer. Pelajar dikehendaki menjalankan pencarían maklumat secara sistematik. Pelajar perlu memahami dengan mendalam intipati kajian pustaka yang dijalankan. Projek penyelidikan ini akan dijalankan dalam dua semester berturut-turut dan pada hujung semester kedua, calon dikehendaki menghantar laporan penyelidikan untuk dinilai. Tajuk-tajuk projek akan diberikan oleh pensyarah yang telah dikenalpasti oleh program untuk membimbing pelajar tersebut sepanjang pengajiannya. Projek penyelidikan I akan dinilai berdasarkan penulisan usulan penyelidikan dan pembentangan usulan penyelidikan.

 

STKK6986 Projek Penyelidikan II

Projek Penyelidikan II adalah sambungan daripada Projek Penyelidikan I di mana pelajar pada semester ini dikehendaki menulis satu disertasi hasil penyelidikan yang diperolehi. Penyelidikan yang dijalankan mendedahkan pelajar kepada pendekatan, teknik, pencerapan dan análisis data serta rumusan penyelidikan. Hasil penyelidikan perlu ditulis dalam bentuk disertasi mengikut format yang ditetapkan. Penilaian dibuat berdasarkan kepada hasil kerja penyelidikan, penulisan dan juga pembentangan akhir projek tersebut. Penulisan disertasi mestilah  mengikut garis panduan gaya UKM.

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Ahli Kimia
  2. Pegawai Penyelidik
  3. Pendidik

Penyelaras Program

Dr. Nurul Huda Abd. Karim

Emel : nurulhuda@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4981

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM6,450.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 115.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate »