Program ini dibina untuk melahirkan modal insan yang kompeten, mahir, dan profesional dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran seiring dengan kemajuan pesat teknologi sinaran dalam sektor industri, perubatan, dan dunia
kesihatan. Graduan yang dihasilkan berkemampuan untuk menggunakan kaedah saintifik, termasuk dalam merancang eksperimen, menganalisis, dan menafsirkan data. Graduan dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal dan manipulatif semasa membuat penyelidikan di tempat kerja.
Kerja kursus & Sepenuh masa
Minimum 2 semester (1 tahun)
Maksimum 4 semester (2 tahun)
Kemasukan – setiap bulan Oktober
*tertakluk kepada kalendar akademik UKM
Bahasa Inggeris
Semester | Taraf Kursus | Kod dan Nama Kursus | Jumlah Kredit |
I | Kursus Wajib | STPD6024 STSN6012 STSN6132 STSN6212 STSN6312 STSN6422 Amali I STSN6972 | 20 |
II | Kursus Wajib | STSN6052 STSN6142 STSN6222 STSN6322 STSN6412 STSN6512 STSN6522 STSN6624 STSN6986 | 24 |
Jumlah Keseluruhan Kredit | 44 |
STPD6024 Kaedah Penyelidikan
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.
STSN6012 Salingtindak Sinaran dengan Jirim
Kursus ini bertujuan untuk memberi asas mengenai fizik nuklear dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Asas tersebut merangkumi pengenalan kepada perlindungan sinaran dan keselamatan sumber sinaran. Ini termasuk asas fizik dan matematik, salingtindak sinaran dan jirim dan sumber sinaran serta pengukuran dan pengesanan zarah kuantum.
STSN6052 Campurtangan bagi Perlindungan Awam
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran, akibat daripada dedahan kronik, kemalangan radiologi dan nuklear. Ia turut merangkumi konsep asas dalam prosedur kecemasan, penilaian dan pemantuan dalam situasi kemalangan nuklear dan radiologi.
STSN6132 Kawalan Pengaturan
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan skop rangka kerja asas perundangan serta badan penguatkuasaan dalam perlindungan sinaran. Di samping itu ia turut merangkumi program pengaturan yang berkesan dalam perlindungan sinaran.
STSN6142 Kejuruteraan Sekitaran Kuasa Nuklear
Kursus ini meliputi kesan sekitaran kuasa nuklear dan sinaran. Kaedah penilaian radiologi dan pencirian berbagai sumber sinaran dibincang melalui analisa. Pengurusan efluen cecair dan sebaran gas nuklid radioaktif serta pengangkutan atau pindahan radioaktiviti melalui air dipermukaan, dibawah tanah dn biosfera dibincangkan. Akhir sekali model jejak sekitaran di bincang dan dibandingkan.
STSN6212 Kuantiti dan Pengukuran
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan tentang kuantiti dosimetri dan perkiraan dosimetri. Ia turut memperkenalkan berbagai jenis pengesan, prinsip operasi, ciri-cirinya dan kekangan yang terlibat. Di samping itu ia turut membincang tentang pilihan pengesan yang sesuai dalam bidang sinaran serta kuantiti dosimetri yang terlibat.
STSN6222 Penilaian Dedahan Dalaman
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan penilaian dedahan perkerjaan kerana kemasukan radionuklid. Turut dibincangkan adalah Model Biokinetik yang diguna oleh ICRP, kalibrasi dan jaminan kualiti. Ia juga bertujuan untuk melatih pelajar meramalkan dos akibat dari dedahan dalaman.
STSN6312 Kesan Sinaran Mengion ke atas Sistem Biologi
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan mekanisma berbagai jenis kesan biologi yang terdedah kepada sinaran mengion. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan model-model yang digunakan dalam menentukan pekali risiko dalam meramalkan akibat. Ini termasuk kesan sinaran pada aras molekul dan sel, kesan penentu dan stokastik somatik, kesan stokastik warisan dan sebagainya.
STSN6322 Keselamatan Nuklear, Sekuriti dan Kawalan Gunaan
Kursus ini di gubal khusus untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai aspek keselamatan nuklear, sekuriti dan kawalgunaan. Kursus ini memberi pendedahan tentang perlindungan fizikal bahan nuklear dan kemudahan terlibat, pengesanan dan tindakbalas, prinsip kawalgunaan, perhitungan bahan nuklear kawalgunaan menyeluruh, pemantauan termasuk satelit dan undang-undang antarabangsa.
STSN6412 Pengurusan Sisa Radioaktif
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana orang awam terdedah kepada sinaran, akibat daripada amalan dan kaedah untuk menentukan dos. Ia turut merangkumi sumber dedahan kepada orang awam, tanggungjawab sesebuah organisasi dan kaedah pengangkutan bahan radioaktif serta pengurusan sisa radioaktif.
STSN6422 Prinsip Perlindungan Sinaran
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan tentang rangkakerja asas dan peranan ICRP serta lain-lain agensi yang terlibat seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, IAEA, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Agensi Tenaga Nuklear OECD (NEA / OECD), Pertubuhan Kesihatan Se Amerika (PAHO) dalam perlindungan sinaran.
STSN6512 Dedahan dalam Perubatan
Kursus ini bertujuan membincangkan skop, tanggungjawab dan justifikasi dedahan dalam perubatan. Ia turut menjelaskan konsep perkiraan dos kepada pesakit dan prosedur jaminan mutu serta cara pengoptimuman dedahan dalam perubatan. Disamping itu ia juga membincangkan tentang kes-kes kemalangan dedahan dalam perubatan yang telah berlaku.
STSN6522 Kaedah Perlindungan Dedahan Pekerjaan
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan organisasi dan pengurusan, pemantauan individu dan tempat kerja. Ia turut merangkumi perlindungan terhadap dedahan pekerjaan di industri radiografi, industri penyinar, pemecut, peranti-peranti tolok, penyurih, peranti-peranti penggorek, loji pengeluaran radioisotop serta perubatan nuklear. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada program perlindungan sinaran yang diamalkan.
STSN6614 Amali I
Kursus ini melibatkan amali dan demonstrasi setiap jenis pemantau mudahalih bagi sinaran a, b, g dan penerangan penggunaan masing-masing, penggunaan manual kelengkapan, penentuan ciri-ciri pengesan GM, penentuan aras latarbelakang sinaran. Ia turut merangkumi pengukuran aras sinaran beta bagi sampel pemancar beta dan penentuan kecekapan total, kalibrasi spektrometer sintilasi gama dalam sebutan tenaga dan aktiviti.
STSN6624 Amali II
Kursus ini melibatkan amali termasuk hukum gandadua songsang, kajian pengecilan sinar gama, tahap tenaga maksimum sinaran beta, penghasilan isotop, penyerapan zarah beta dalam bahan-bahan yang berbeza, analisis spektrum gama kompleks menggunakan pengesan semikonduktor serta kerja lapangan yang melibatkan pengambilan sampel.
STSN6972 Projek Penyelidikan I
Kursus ini bertujuan melatih pelajar mengkaji satu bidang tertentu dalam bidang perlindungan sinaran menerusi pembacaan dan kajian sendiri secara terarah. Pelajar dikehendakki menyediakan satu laporan imbauan satu tajuk penyelidikan yang dipilih, dan menyediakan satu cadangan penyelidikan untuk dijalankan dalam kursus STSN6986 Projek Penyelidikan II.
STSN6986 Projek Penyelidikan II
Kursus ini bertujuan menawarkan pelajar untuk mendapat pengalaman menjalankan penyelidikan satu tajuk tertentu yang diminati dibawah bimbingan seorang atau sekumpulan penyelia. Penyelidikan dapat dijalankan secara eksperimen atau analitik. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ilmiah mengenai hasil penyelidikan itu dan mempertahankan secara lisan.