Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (MATEMATIK)

Program Sarjana Sains (Matematik) ini diolah supaya pelajar dapat membina keupayaan berfikir dengan lebih mantap, menilai secara kritis dan terarah kepada penyelesaian masalah serta membolehkan cara komunikasi yang berkesan. Modul-modul yang ditawarkan adalah modul Matematik Tulen, Matematik Gunaan dan Matematik Pengurusan dan Kewangan yang merupakan hasil yang tersepadu berpandukan pembinaan insan dan kesatuan ilmu yang membina bakal pemimpin ilmu, masyarakat dan industri.

Kerja kursus & Sepenuh masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

 

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

 

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

Modul Matematik Tulen

Semester

Taraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024
Kaedah Penyelidikan

STQM6114
Topologi

STQM6124
Aljabar

STQM6134
Analisis Fungsian

16

II

Kursus Wajib

STQM6224
Analisis Kompleks

STQM6988
Projek Penyelidikan

12
Kursus Pilihan

STQM6024
Biomekanik

STQM6034
Analisis Keputusan dan Permainan

STQM6044
Kriptologi

STQM6084
Pengaturcaraan Linear

STQM6064
Pemodelan dan Kaedah Matematik

STQM6074
Analisis Berangka

STQM6154
Sains Rangkaian

STQM6214
Matematik Kabur

STQM6234
Teori Ergodik

STQM6254
Teori Kumpulan Kombinatorik

STQM6274
Teori Sukatan dan Kamiran

STQM6294
Sejarah dan Falsafah Matematik

STQM6324
Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir

STQM6414
Sistem Dinamik

STQM6524
Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan

STQM6534
Mekanik Bendalir

STQM6624
Simulasi

Pilih 3
kursus –
Jumlah: 12
kredit

Jumlah Kredit

40

 

Modul Matematik Gunaan

Semester

Taraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024
Kaedah Penyelidikan

STQM6414
Sistem Dinamik

STQM6074
Analisis Berangka

STQM6534
Mekanik Bendalir

16

II

Kursus Wajib

STQM6064
Pemodelan dan Kaedah Matematik

STQM6988
Projek Penyelidikan

12
Kursus Pilihan

STQM6024
Biomekanik

STQM6034
Analisis Keputusan dan Permainan

STQM6044
Kriptologi

STQM6084
Pengaturcaraan Linear

STQM6114
Topologi

STQM6124
Aljabar

STQM6134
Analisis Fungsian

STQM6154
Sains Rangkaian

STQM6214
Matematik Kabur

STQM6234
Teori Ergodik

STQM6254
Teori Kumpulan Kombinatorik

STQM6274
Teori Sukatan dan Kamiran

STQM6294
Sejarah dan Falsafah Matematik

STQM6324
Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir

STQM6524
Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan

STQM6624
Simulasi

Pilih 3
kursus –
Jumlah: 12
kredit

Jumlah Kredit

40

 

Modul Matematik Pengurusan dan Kewangan

Semester

Taraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024
Kaedah Penyelidikan

STQA6024
Sekuriti Terbitan dan Pengurusan Risiko

STQM6654
Matematik Ekonomi dan Kewangan dalam Perniagaan

STQS6444
Pemodelan Siri Masa dan Peramalan

16

II

Kursus Wajib

STQA6014
Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio

STQM6988
Projek Penyelidikan

12
Kursus Pilihan

STQS6244
Proses Stokastik

STQM6084
Pengaturcaraan Linear

STQA6034
Isu-isu Dalam Pengurusan Risiko dan Insurans

STQM6034
Analisis Keputusan dan Permainan

STQM6044
Kriptologi

STQM6154
Sains Rangkaian

STQM6214
Matematik Kabur

STQM6224
Analisis Kompleks

STQM6294
Sejarah dan Falsafah Matematik

STQM6324
Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir

STQM6524
Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan

STQM6624
Simulasi

STQS6274
Penghitungan Berstatistik

Pilih 3
kursus –
Jumlah: 12
kredit

Jumlah Kredit

40



STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio

Kursus ini memfokus kepada proses membuat keputusan pelaburan. Ia mendalami aplikasi pelbagai instrumen pelaburan dan peranannya dalam pengurusan risiko. Konsep risiko dan pulangan dihuraikan secara terperinci dan menyeluruh. Pempelbagaian cekap dibincang dengan fokus ke atas penjanaan portfolio cekap. Pelbagai bentuk instrumen berbeza dinilai dan diberi kewajaran. Kaedah penilaian saham dan teori portfolio seperti teori Markowitz, Model Indeks Tunggal, Model Perletakan Harga Aset Modal akan dibincang. Analisis fundamental dan teknikal turut dihuraikan. Teori gelagat kewangan merangkumi Hipotesis Pasaran Cekap turut dibincang. Pelajar akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran termasuk perbincangan artikel jurnal dan pelaksanaan projek. 

STQA6024 Sekuriti Terbitan dan Pengurusan Risiko

Di akhir kursus ini, pelajar perlu memahami dan memahami konsep sekuriti terbitan dan peranan yang dimainkan dalam pengurusan risiko. Pelajar perlu memahami dan berupaya untuk menakrif instrumen sekuriti terbitan seperti kontrak niaga hadapan,  opsyen, kontrak niaga masa hadapan dan kontrak tukaran. Pelajar perlu memahami dan mempraktikkan teori matematik yang biasa diguna pakai dalam bidang matematik kewangan. Sebagai tambahan, pelajar perlu mengetahui dan memahami kaedah matematik yang biasa diguna pakai dalam pengurusan risiko.

STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans

Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada asas-asas risiko dan pengurusan risiko, untuk membangunkan dalam kalangan pelajar penghayatan yang jelas tentang risiko dan implikasinya, dan untuk membangunkan pelajar memahami peranan dan kepentingan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menimbulkan risiko. Kursus ini meneroka konsep utama dalam risiko, dengan penekanan pada pendekatan praktikal terhadap risiko dan pengurusannya. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada beberapa pendekatan aktuari yang diguna dalam perniagaan insurans bukan-hayat. Di akhir kursus ini pelajar diharap agar dapat memahami konsep risiko dan pengurusan risiko, mengelaskan risiko kepada pelbagai kategori, memahami prinsip insurans dan hubungannya dengan pengurusan risiko, memahami struktur pasaran insurans di Malaysia, mempelajari pengoperasian perniagaan insurans bukan hayat, mengkaji dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi premium dan menganalisis tuntutan insurans.

STQM6024 Biomekanik

Kursus bermula dengan persamaan umum bagi pergerakan tiga matra. Pemboleh ubah dalam persamaan ini diterangkan dan satu ringkasan berkenaan cara pemboleh ubah ini dihasilkan melalui uji kaji atau secara teori dilakukan. Kursus ini akan membincangkan beberapa kaedah untuk mentakrifkan data biomekanik secara uji kaji, termasuk perbincangan tentang pengukuran daya, akselometri, pengukuran pergerakan secara optikal, elektromiografi, dan pengukuran keterikan. Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip yang terlibat dalam beberapa teknik uji kaji, dan untuk membandingkan teknik-teknik tersebut. Kemudian kursus ini akan membincangkan pemodelan matematik dalam biomekanik. Konsep analisis sistem daya dibincangkan. Kursus ini akan melihat kepada pelbagai model matematik yang bersifat berketentuan. Sistem yang bersifat tidak berketentuan juga dibincangkan termasuk penyelesaiannya menggunakan teori pengoptimuman. Kursus ini juga membincangkan simulasi sebagai satu kaedah kajian biomekanik.

STQM6034 Analisis Keputusan dan Permainan

Kursus ini bertujuan memperlihatkan pelajar kepada masalah keputusan dengan bilangan alternatif yang terhad, yang boleh diselesaikan menggunakan teknik-teknik analisis pembuatan. Alat-alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah bergantung kepada jenis masalah tersebut. Kaedah Proses Hierarki Analitik, ELECTRE dan TOPSIS digunakan untuk menyelesaikan masalah di bawah kepastian. Bagi masalah yang mempunyai kebarangkalian, kaedah pokok keputusan adalah alat yang terbaik untuk mencapai keputusan. Keputusan bagi masalah di bawah ketidakpastian akan menggunakan kriteria yang mencerminkan sikap pembuat keputusan terhadap risiko, dan kaedah teori permainan untuk dua orang pesaing dengan gol yang bercanggah yang bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik daripada keadaan terburuk setiap lawan.

 

STQM6044 Kriptologi

Kursus ini berfungsi sebagai pengantar kepada beberapa topik kriptologi yang penting, iaitu kajian saintifik untuk menyembunyi dan memecah data rahsia. Pelajar akan diberi gambaran mengenai deskripsi, asas teori, dan protokol keselamatan yang ketat. Ini merangkumi asas teori dan mekanisme penyulitan simetri, penyulitan kunci awam, tandatangan digital, fungsi cincang, kod pengesahan mesej, dan beberapa topik lanjutan dalam kriptologi. Bagi setiap topik kriptologi yang dibincangkan, pelaksanaannya yang paling biasa juga akan diperiksa dan dibentangkan untuk pemahaman yang lebih baik. Di samping itu, kriptanalisis terpilih akan diperkenalkan disepanjang kursus.

STQM6064 Pemodelan dan Kaedah Matematik

Pemodelan matematik adalah satu proses membina perwakilan bermatematik bagi suatu fenomena untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang fenomena tersebut. Kursus ini bertujuan melatih pelajar membina, menganalisis dan menyelesaikan model matematik bagi beberapa masalah kompleks (khususnya model berketentuan dalam sains fizis). Konsep-konsep asas pemodelan matematik akan dijelaskan. Prosedur penskalaan, penghampiran dan analisis dimensi akan dibincangkan dahulu. Model-model yang diperkenalkan adalah model linear dan tak linear. Kaedah penyelesaian beranalisis yang dibincangkan meliputi beberapa kaedah berikut: kaedah pengembangan usikan, kaedah berasimptot, kalkulus ubahan dan siri Fourier. Penggunaan sistem/pakej algebra berkomputer seperti Maple atau Matematica akan ditekankan.

STQM6074 Analisis Berangka

Kursus ini merangkumi kaedah-kaedah berangka bagi penyelesaian persamaan terbitan/pembezaan biasa dan separa (PTB/PTS). Masalah-masalah yang diselesaikan termasuklah masalah nilai awal dan masalah nilai sempadan bagi PTB. Kaedah-kaedah berangka dibincangkan termasuklah kaedah satu langkah dan kaedah multi-langkah dengan saiz langkah tetap atau berubah untuk persamaan/sistem persamaan terbitan bersifat kaku, tak kaku mahupun kalut. Kestabilan dan analisis ralat. Pengenalan kepada kaedah berangka bagi PTS seperti kaedah beza/unsur terhingga. Analisis terhadap persamaan hiperbolik, parabolik dan eliptik. Penumpuan, kekonsistenan, peringkat dan kestabilan kaedah. Penggunaan kepada beberapa masalah dalam kejuruteraan/sains.

STQM6084 Pengaturcaraan Linear

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar penggunaan kaedah pemodelan bermatematik untuk membuat keputusan dalam pengurusan. Beberapa model berketentuan akan dibincangkan dengan memfokuskan bagaimana untuk memodelkan masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah menggunakan perisian komputer LINGO. Tugasan berbentuk kajian kes memerlukan pelajar menggunakan perisian LINGO untuk menyelesaikan masalah dan menulis laporan ringkas. Antara tajuk yang akan dibincangkan ialah masalah pengaturcaraan linear, pengaturcaraan integer dan pengaturcaraan gol, sambil memberi penekanan terhadap penggunaan kaedah ini dalam penyelesaian masalah nyata seperti masalah analisis rangkaian, masalah pengangkutan dan umpukan, masalah perjalanan jurujual dan analisis kecekapan.

STQM6114 Topologi

Ruang topologi muncul secara semula jadi dalam hampir semua bidang matematik. Maka ini menjadikan topologi sebagai satu penggabungan idea yang besar dalam matematik. Kursus ini berkaitan dengan sifat-sifat yang terawetkan di bawah pembentukan selanjar  objek-objek yang muncul menerusi pembangunan konsep daripada geometri dan teori set. Cabang topologi yang paling asas dan besifat tradisional iaitu topologi set titik akan dipertimbangkan.

STQM6124 Aljabar

Kursus ini bermula dengan mengimbas kembali dua struktur utama aljabar iaitu kumpulan dan gelanggang serta beberapa konsep yang berkaitan dengan kedua-duanya. Ini termasuklah subkumpulan/subgelanggang, unggulan, kumpulan/gelanggang hasil bahagi dan pemetaan kumpulan/gelanggang. Seterusnya perluasan kepada gelanggang polinomial dan medan diperkenalkan. Pelbagai perluasan medan kepada mandala seperti mandala integer, mandala Euclidan dan mandala pemfaktoran bitara kemudiannya diperkenalkan. Pembenaman mandala ke dalam medan pula membawa kepada pembangunan kumpulan Galois. Kursus ini berakhir dengan ulasan beberapa makalah terpilih berkaitan struktur aljabar.

STQM6134 Analisis Fungsian

Kursus ini mengitlakkan kajian aljabar linear terutamanya ruang vektor bermatra tak terhingga. Kajian ini disokong oleh pelbagai struktur had seperti hasil darab terkedalam, norma dan topologi. Kemudian dicampur bersama pengoperasi linear yang bertindak ke atas ruang vektor. Kombinasi aljabar dan yang berkaitan had ini membentuk ruang baharu yang dinamai ruang Banach dan Hilbert. Maka, kursus ini secara asasnya mengkaji sifat-sifat ruang ini.

 

STQM6154 Sains Rangkaian

Kursus ini memperkenalkan teori matematik dalam sains rangkaian. Sains Rangkaian merupakan suatu bidang multidisiplin yang mengkaji masalah-masalah yang dapat difahami dengan pendekatan rangkaian. Antara tujuan sains rangkaian adalah bagi mencari persamaan rentas rangkaian dan meningkatkan pemahaman tentang sistem yang diwakili oleh setiap rangkaian melalui analisis data. Kegunaan sains rangkaian merentas bidang termasuk matematik, rangkaian sosial, sistem biologi dan pengangkutan.

STQM6214 Matematik Kabur

Kursus ini memperkenalkan set kabur sebagai pengitlakan bagi set klasik. Operasi asas untuk set kabur: pelengkap kabur, kesatuan kabur, dan persilangan kabur. Norma-s dan norma-t. Pengoperasi purataan. Hubungan kabur, unjuran dan perluasan silinder. Penggubahan hubungan kabur. Pemboleh ubah linguistik, pagaran linguistik, dan petua JIKA-MAKA kabur. Tafsiran petua JIKA-MAKA kabur. Mantik kabur dan pentaakulan hampiran. Asas petua kabur dan enjin pentaabiran kabur. Sistem kabur dan teori kabur.

STQM6224 Analisis Kompleks

Kursus ini memberi gambaran berkenaan asas fungsi analisis seperti perwakilan siri kuasa, teorem Cauchy-Goursat pelbagai versi, teorem Modulus Maksimum pelbagai versi, pemetaan mensebentuk, teorem pemetaan Riemann dan teorem Phragmen-Lindelof. Kursus ini juga memperkenalkan teorem dalam ruang fungsi analisis dan memperlihatkan penggunaan teorem Runge dan teorem Mittag-Leffler. Fungsi harmonik termasuk penyelesaian terhadap masalah Dirichlet, kesingularan, teorem Picard dan fungsi istimewa seperti fungsi gamma, fungsi zeta dan teorem penting dalam fungsi seluruh juga diperkenalkan.

 

STQM6234 Teori Ergodik

Teori Ergodik ialah satu kajian kuantitatif terhadap telatah jangka masa panjang sesuatu sistem.  Koleksi kesemua keadaan bagi sesuatu sistem itu membentuk suatu ruang X dan evolusi sistem itu diwakili pula dengan suatu penjelmaan  yang jika x mewakili keadaan sistem itu pada suatu masa, maka T(x) mewakili keadaan sistem itu selepas masa satu unit.  Kajian akan dibuat ke atas X yang merupakan ruang sukatan (dan T penjelmaan mengawet sukatan) dan ruang topologi (dan T selanjar).  Memahami lelaran Tn apabila n besar.

STQM6254 Teori Kumpulan Kombinatorik

Kursus ini bertujuan untuk memaparkan teknik dan idea geometri untuk mengkaji kumpulan bebas dan persembahannya, asas kepada teori kumpulan kombinatorik. Kepelbagaian kelas kesetaraan akan dibincangkan dan seterusnya kumpulan-kumpulan yang berpadanan akan dibangunkan dengan menggunakan kepelbagaian teknik geometri. Teknik-teknik geometri yang dibincangkan termasuklah graf, graf kumpulan, kompleks, gambar dan gambar rajah. Seterusnya beberapa artikel terpilih dan terkini akan dibincangkan.

STQM6274 Teori Sukatan dan Kamiran

Mula-mula diperkenalkan aljabar-s. Kemudian ditakrifkan sukatan yang merupakan fungsi nyata dengan domain suatu  aljabar-s. Seterusnya dibincangkan sukatan terkeluar (termasuk sukatan terkeluar metrik) yang dengannya ditakrifkan set-set tersukatkan, ruang sukatan niskala, fungsi tersukatkan dan penumpuan jujukan fungsi tersukatkan. Dengan mengguna semua konsep ini, dipaparkan pula tentang kamiran, sifat-sifat fungsi terkamirkan, teorem-teorem penumpuan, ruang   dan ketaksamaan-ketaksamaan penting. Contoh-contoh kamiran tertentu seperti kamiran Riemann, kamiran Lebesgue dan kamiran Lebesgue-Stieltjes dibincangkan sedikit. Akhir sekali konsep sukatan diperluaskan kepada sukatan bertanda, sukatan bernilai kompleks dan juga sukatan dan kamiran pada ruang hasil darab.

STQM6294 Sejarah dan Falsafah Matematik

Kursus ini mendalami sejarah dan falsafah ilmu matematik daripada pelbagai segi. Perkara-perkara yang akan dibincangkan termasuklah hakikat matematik aspek metafizik, epistemologi, mantik dan aksiologi. Tabii komuniti ahli matematik, khususnya dari segi sosiologi akan juga diteliti di samping hubungan antara matematik dengan kepercayaan. Sejarah dan falsafah ahli matematik Islam dan pengislaman ilmu juga akan dibincangkan.

STQM6324 Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir

Kursus ini bertujuan memaparkan model pemindahan haba dan aliran bendalir serta penyelesaiannya secara berangka. Kursus dimulakan dengan formulasi model pemindahan haba dan aliran bendalir. Konduksi haba yang mantap dan tak mantap sehingga dalam tiga matra dibincangkan. Seterusnya dibincangkan kaedah Crank-Nicholson, perolakan dan resapan mantap dan tak mantap sehingga dalam matra tiga, serta skema dan penyelesaian berangkanya termasuk Hokum Hibrid dan hokum kuasa. Model Aliran dan kaedah penyelesaian berangka juga dibincangkan.

 

STQM6414 Sistem Dinamik

Kursus ini bertujuan mendedahkan konsep-konsep asas dalam bidang ini dalam situasi masa diskret dan selanjar. Antara lain, perbincangan akan tertumpu kepada topik-topik seperti sifat setempat, kestabilan termasuk kestabilan struktur, titik hiperbolik dan homoklinik, penarik pelik, eksponen Lyapunov dan lain-lain. Konsep percabangan, kekalutan dan fraktal akan diterokai secara mendalam.

 

STQM6524 Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan

Kursus ini bertujuan untuk memaparkan kemampuan untuk memodelkan sistem dinamik berkeadaan tidak tentu sebagai satu proses stokastik yang memenuhi persamaan terbitan stokastik yang linear. Ia seterusnya dapat membawa kepada konsep kamiran stokastik. Ini termasuklah pelbagai sistem dinamik Newtonan yang berhingar, sistem kawalan dalam perancangan, pengurusan dan penurasan maklumat. Daripada pemodelan inilah dipaparkan pula bagaimana konsep dalam proses stokastik perlu ditakrif dengan rapinya dan seterusnya pembinaan kalkulus stokastik Ito secara analisis dan berangka yang bertujuan menyelesaikan model yang tersebut di atas. Hubungan persamaan terbitan stokastik dengan proses resapan juga dibincangkan sehingga kepada perbatasan penyelidikan.

 

STQM6534 Mekanik Bendalir

Kursus ini bertujuan memperlihatkan bagaimana bendalir unggul dan bendalir likat dapat dimodelkan secara bermatematik, dan seterusnya dikaji gelagat bendalir tersebut secara analisis dan berangka, terutamanya terhadap persamaan Navier-Stokes. Kursus dimulakan dengan pengenalan umum bendalir dan sorotan kepada prinsip statik dan kinematik bendalir. Perbincangan tentang bendalir unggul termasuk persamaan keselanjaran, persamaan Euler dan persamaan Bernoulli diberikan. Aliran upaya dan aliran tak mampat juga dibincangkan. Sebahagian besar kursus ini membincangkan bendalir likat yang membawa kepada persamaan Navier-Stokes, penerbitan persamaan tersebut dan penyelesaian tepatnya, serta aliran mantap dan tak mantap. Aliran asas, aliran Stokes, aliran berlamina dan bergelora, kaedah keserupaan serta nombor Reynolds dan kepentingannya juga akan dibincangkan. Di samping itu, teori lapisan sempadan dan ketakstabilan bendalir akan dibincangkan secara terperinci.

STQM6624 Simulasi

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar konsep dan penggunaaan simulasi sistem. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar segera membuat pemodelan, simulasi dan analisis ke atas sistem ringkas tetapi representatif, serta menggalakkan pelajar menyelidik-lanjut hasilnya melalui eksperimen. Simulasi model sistem statik, diskret dan dinamik akan dibincangkan. Tajuk meliputi konsep sistem, pemodelan, simulasi dan analisis pelbagai sistem khususnya yang berkaitan penggunaan dengan Excel, @Risk dan pakej Arena. Aspek sains dalam pengurusan projek sistem simulasi turut dibincangkan.

STQM6654 Matematik Ekonomi dan Kewangan Dalam Perniagaan

Kursus ini merangkumi kaedah-kaedah berangka bagi penyelesaian persamaan terbitan/pembezaan biasa dan separa (PTB/PTS). Masalah-masalah yang diselesaikan termasuklah masalah nilai awal dan masalah nilai sempadan bagi PTB. Kaedah-kaedah berangka dibincangkan termasuklah kaedah satu langkah dan kaedah multi-langkah dengan saiz langkah tetap atau berubah untuk persamaan/sistem persamaan terbitan bersifat kaku, tak kaku mahupun kalut. Kestabilan dan analisis ralat. Pengenalan kepada kaedah berangka bagi PTS seperti kaedah beza/unsur terhingga. Analisis terhadap persamaan hiperbolik, parabolik dan eliptik. Penumpuan, kekonsistenan, peringkat dan kestabilan kaedah. Penggunaan kepada beberapa masalah dalam kejuruteraan/sains.

STQM6988 Projek Penyelidikan

Projek Penyelidikan adalah satu kursus wajib yang berupa latihan amali, latihan industri tinjauan kesusasteraan atau penyelidikan. Setiap pelajar dikehendaki menjalankan projek penyelidikan ini di bawah bimbingan seorang penyelia. Setiap calon dikehendaki memilih satu  tajuk yang sesuai dengan modul program sarjana masing-masing yang dipersetujui oleh penyelia. Calon tersebut dikehendaki menyiapkan sebuah laporan yang berupa sorotan kritis kepada tajuk yang dipilih itu, atau pentahkikan sesebuah teori atau pelaksanaan sesebuah model dengan cara yang tersendiri.

 

STQS6244 Proses Stokastik

Subjek ini memperkenalkan pelajar kepada proses stokastik dengan penekanan dalam aplikasi pengurusan dan kewangan. Pelajar akan mengulangkaji teori yang telah dipelajari dalam Pemodelan Statistik & Pentaabiran Statistik seperti pembolehubah rawak, teori kebarangkalian dan fungsi penjana momen. Pelajar kemudiannya akan didedahkan kepada proses stokastik dalam masa yang berterusan dan diskret, termasuk teori pembaharuan, rantai Markov, pergerakan Brownian, proses kelahiran-dan-kematian, fenomena pembaharuan, martingales, proses Poisson, kalkulus stokastik dan penggunaan komputer untuk tujuan simulasi proses. Aplikasi dalam teori giliran, dan sistem pengurusan dan kewangan.

STQS6274 Penghitungan Berstatistik

Pelajar akan didedahkan kepada kaedah analisis data menggunakan pengkomputeran. Konsep asas simulasi dan penggunaan model simulasi dalam penjanaan pelbagai data yang bersesuaian turut dibincangkan.  Setelah menguasai kaedah penjanaan data, pelajar dikehendaki menganalisis data yang dijana dengan menggunakan kaedah statistik dan mentafsirkan dapatan mereka. Kaedah pensampelan semula dengan tumpuan kepada pendekatan Butstrap dan Jacknife turut dibincangkan. Selain itu, kaedah-kaedah ini akan diterapkan dalam penyelesaian masalah pentaabiran statistik.

 

STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan

Ada dua objektif utama kursus ini, iaitu membantu pelajar membina kefahaman tentang konsep-konsep dan kaedah-kaedah peramalan siri masa, dan membantu mereka membina kebolehan menggunakan konsep-konsep dan kaedah-kaedah tersebut dalam masalah dunia nyata serta mentafsir keputusan-keputusan penyelesaiannya. Topik-topik utama yang akan disentuh dalam kursus ini termasuklah analisis regresi, regresi siri masa, kaedah penguraian, kaedah pelicinan eksponen dan model Box-Jenkins bagi data tak bermusim. Dalam setiap topik, pelajar akan mempelajari tentang tatacara penganggaran, pembinaan model dan analisis reja, pemeriksaan diagnostic dan peramalan. Bagi membantu pelajar mengkaji dan memahami pengkomputeran yang relevan dalam analisis, pelajar akan dilatih menggunakan perisian E-Views dan perisian  Microsoft Excel. Pada akhir semester, pelajar diwajibkan membuat pembentangan tentang satu kertas kerja daripada jurnal yang dipersetujui supaya pelajar dapat menghargai kegunaan konsep dan kaedah yang disentuh dalam kursus ini.

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  1. Ahli Matematik
  2. Aktuari
  3. Penganalisis Penyelidikan Pasaran
  4. Saintis Data
  5. Penganalisis Risiko

 

Penyelaras Program

Dr. Syahida Che Dzul-kifli

Emel : syahida@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 3421

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM6,450.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 115.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate »