Siswazah FST

 FST Postgraduate

SARJANA SAINS (PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PERSEKITARAN)

Pemeliharaan kualiti alam sekitar merupakan salah satu aspek penting dalam kerangka pembangunan Malaysia berlandaskan Deklarasi Langkawi 1989 dan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNDEP) pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula menekankan pembangunan mapan perlu diterapkan dalam setiap program pembangunan negara.

Program Sarjana Sains (Penilaian dan Pemantauan Persekitaran) dikendalikan secara kerja kursus selama 2 semester. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang Penilaian dan Pemantauan Persekitaran sejajar dengan pembangunan negara yang pesat seperti  sektor minyak dan gas, infrastruktur dan bidang-bidang yang melibatkan pembangunan  negara.

Kerja kursus & Sepenuh masa

Minimum 2 semester (1 tahun)

Maksimum 4 semester (2 tahun)

 

Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

 

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I

Kursus Wajib

STPD6024   Kaedah Penyelidikan

STAP6073   Sistem Pengurusan Persekitaran

STAP6064   Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh

STAP6974   Projek Penyelidikan I

15

Kursus Pilihan

STAE6303   Prosedur dan Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar

STAB6084   Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar

7
II

Kursus Wajib

STAP6092   Etika Persekitaran

STAP6986   Projek Penyelidikan II

8
Kursus Pilihan

STAE6323   Penilaian dan Pemantauan Kualiti Air Dan Udara

STAB6054   Etika dan Perundangan Pemuliharaan

STAE6013   Pengurusan Ekosistem Tasik dan Tanah Bencah

10

Jumlah Keseluruhan Kredit

40

STPD6024 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.

 

STAB6054 Etika dan Perundangan Pemuliharaan

Etika dan perundangan adalah penting di dalam pemuliharaan. Etika menetapkan objektif, manakala perundangan merupakan asas yang sah dalam pelaksanaan sesuatu usaha pemuliharaan. Kursus ini akan memperkenalkan secara latar, isu-isu asas berkaitan dengan etika dan perundangan pemuliharaan. Perkara am berkenaan etika, evolusi perundangan berhubung dengan sumber biologi, habitat dan ekosistem, di peringkat negara dan antarabangsa akan digariskan. Prinsip-prinsip serta konsep-konsep yang berkait dengan pemuliharaan biologi akan dibincang untuk memperlihatkan nilai (etika) yang terkandung. Peranan dan fungsi institusi juga akan disingkap untuk menjelaskan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban di dalam sesuatu pelaksanaan undang-undang. Perkaitan sains, etika dan perundangan juga akan dianalisis secara ringkas.

 

STAB6084 Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kursus ini akan membincangkan kriteria untuk pembangunan ekonomi secara mapan dan peranan yang dimainkan oleh sumber asli dan sekitaran dalam pemuliharaan. Prinsip-prinsip ekonomi berkenaan penggunaan sumber secara cekap, kegagalan pasaran, analisis kos-keuntungan dan perakaunan sumber tabii akan diperkenalkan. Jenis data yang diperlukan untuk menjalankan analisis akan diperkenalkan. Peranan penilaian ekonomi atas fungsi-fungsi kepelbagaian biologi dan penggunaan tanah juga akan dikaji. Contoh-contoh berkaitan dengan ekonomi sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar akan digunakan untuk menolong pelajar memahami isu-isu dengan lebih mendalam.

 

STAE6013 Pengurusan Ekosistem Tasik Dan Tanah Bencah

Kursus ini dimulakan dengan pengenalan tasik dan ekosistem tanah bencah. Penggunaan dan fungsi ekosistem akan dijalankan berdasarkan kes kajian Tasik Chini dan Tasik Putrajaya, yang telah banyak dipelajari dan dikaji dengan mendalam. Pengurusan kedua-dua tasik yang mewakili tasik semulajadi dan tasik buatan dari segi ekosistem tasik dan tanah bencah akan dibincang sepenuhnya. Pentingnya kajian seperti limnologi, batimetri dan ekohidrologi yang memberi fahaman yang mendalam mengenai kedua-dua tasik dan tanah bencah. Isu pihak berkuasa perlu diberi penekanan memandangkan akta tasik dan tanah bencah adalah di bawah bidangkuasa akta negeri. Kes kajian di Malaysia dan negara lain juga diambil berat. Lembangan merupakan senario penting dalam perubahan iklim; maka pengaruh iklim mikro memainkan peranan yang penting. Lembangan dikelilingi oleh kawasan berbukit yang memerlukan pemetaan dengan menggunakan GIS dan penderiaan jauh untuk melihat kawasan yang besar secara keseluruhan. Kedua flora dan fauna berkaitan dengan hutan dan iklim.

 

STAE6303 Prosedur dan Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar

Fokus kursus ini ialah prosedur penilaian melalui langkah-langkah perundangan yang ada dan juga teknik-teknik persampelan dalam menjalankan kajian penilaian. Prosedur ini mencakupi proses-proses penyaringan, aktiviti yang ditetapkan, skoping, EIA awal, EIA terperinci, penilaian impak, penebatan dan pendokumentasian. Prosedur pengauditan dan pemantauan juga akan dibincangkan. Kursus ini juga akan memperkenalkan penilaian impak sosial sebagai satu bahagian penting proses bersepadu bagi menilai impak atau kesan yang timbul daripada projek, program serta rekabentuk dan pelaksanaan polisi. Justeru itu, pelajar akan didedahkan kepada konsep dan kaedah menjalankan penilaian impak sosial serta aplikasinya dan kemungkinan langkah penebatan yang perlu diambil untuk menentukan arah pencapaian pembangunan mampan.

 

STAE6323 Penilaian dan Pemantauan Kualiti Air dan Udara

Kursus ini akan menekankan perbincangan berkenaan beberapa jenis pencemaran bunyi, udara dan air, punca-punca pencemaran tersebut, indeks yang digunakan bagi menilai tahap pencemaran dan juga undang-undang serta piawai yang digunapakai. Pelbagai teknik pemonitoran termasuk bioesei, penunjuk biologi dan pengesan biologi akan dibincangkan. Kerjalapangan dan pengukuran di makmal terhadap kualiti udara dan air akan dijalankan. Pelajar juga akan diminta untuk menulis kertas kerja tidak lebih daripada 5000 perkataan berkenaan kertas projek yang mereka pilih, samada secara individu atau berkumpulan.

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.50, atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 hingga 2.49 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing; atau
  • Memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagi calon warganegara sahaja;
    • Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan; dan
    • Memiliki kelayakan STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti; dan
    • Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF.
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CERF / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir

Emel : shahrulnadzir@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 6771

Yuran Pengajian

Wargenagara

RM6,450.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 420.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 115.00 - Yuran Pengajian (per kredit)
  • RM 1,430.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 420.00 + (RM 115.00 x bil. kredit) - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara

RM34,610.00 / pengajian (minimum 2 semester)
  • RM 1,410.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 16,600.00 - Yuran Pengajian
  • RM 18,010.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 16,600.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate »