Program ini ditawarkan untuk menangani cabaran dalam isu kualiti dan produktiviti yang diperlukan dalam persekitaran di sektor awam, pembuatan dan perkhidmatan.Kursus-kursus utama yang ditawarkan meliputi falsafah dan kaedah-kaedah pengurusan menyeluruh dan peningkatan kualiti barangan dan perkhidmatan dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan kaedah sains matematik.Mesej utama program ini ialah untuk memberi pengetahuan menggunakan kaedah sains matematik dan kemahiran matematik dan statistik untuk meningkatkan kualiti barangan dan juga perkhidmatan.
Kerja kursus & Sepenuh masa
Minimum 2 semester (1 tahun)
Maksimum 4 semester (2 tahun)
Kemasukan – 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)
*tertakluk kepada kalendar akademik UKM
Bahasa Inggeris
MODUL SEKTOR AWAM
Semester | Kursus Wajib | Kursus Pilihan |
I | STPD6024 Kaedah Penyelidikan STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi | Pilih dua:
STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti STQK6514 Pengurusan Kualiti Dalam Sektor Perkhidmatan STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
|
II | STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di sektor Awam STQK6524 Pengukuran Produktiviti STQK6988 Projek Penyelidikan | |
Jumlah Kredit | 32 | 8 |
MODUL SEKTOR PEMBUATAN
Semester | Kursus Wajib | Kursus Pilihan |
I | STPD6024 Kaedah Penyelidikan STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi | Pilih dua:
STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Sektor Awam STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
|
II | STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti STQK6524 Pengukuran Produktiviti STQK6988 Projek Penyelidikan | |
Jumlah Kredit | 32 | 8 |
MODUL SEKTOR PERKHIDMATAN
Semester | Kursus Wajib | Kursus Pilihan |
I | STPD6024 Kaedah Penyelidikan STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi | Pilih dua:
STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Sektor Awam STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem |
II | STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan STQK6524 Pengukuran Produktiviti STQK6988 Projek Penyelidikan | |
Jumlah Kredit | 32 | 8 |
STPD6024 Kaedah Penyelidikan
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang penyelidikan. Kursus ini memberikan para pelajar maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Master atau PhD mereka melalui penyelidikan di FST, UKM. Sepanjang 12 minggu kuliah, pelajar diajar falsafah, dan etika penyelidikan. Mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam menulis cadangan penyelidikan mereka, persembahan penyelidikan dan kompilasi penyelidikan dalam bentuk tesis atau disertasi. Kemahiran seperti reka bentuk eksperimen, endnote, mendeley, turnitin, penerbitan, persembahan lisan dan banyak lagi diajar dalam 44 jam kontak dengan pelajar. Pelajar kemudiannya dinilai berdasarkan cadangan penyelidikan, pembentangan cadangan penyelidikan dan dan peperiksaan akhir.
STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai sistem kualiti dalam sesebuah organisasi dan kegunaannya dalam menjamin kualiti pengeluaran atau perkhidmatan. Tajuk yang dibincangkan termasuk Kawalan Kualiti Menyeluruh, ISO 9000 dan perkembangannya, pendokumentasian dan perancangan sistem kualiti, dan audit kualiti dan akreditasian. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dari perspektif Islam dan prinsip-prinsip Syariah yang mendokong pembangunan dan pentakrifan SPK MS 1900:2005. Seterusnya, SPK MS 1900:2005 dikupas dari sudut implementasi dalam pelbagai sektor dan kaedah meningkatkan daya-saing dengan menambah nilai-nilai Islam dan aspek halal dalam proses penghasilan produk dan penyediaan perkhidmatan, juga dalam persekitaran kerja.
STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti
Kursus ini diolah bagi mendedahkan para pelajar akan keperluan memahami penggunaan kaedah statistik di dalam kawalan proses dan peningkatan kualiti berasaskan konsep 6Sigma. Menggunakan contoh-contoh dari industri, kursus ini menjelaskan kaedah-kaedah asas bagi menjamin proses berada di dalam kawalan, prinsip-prinsip asas pengumpulan dan persembahan data untuk pemantauan, kawalan dan penambahbaikan proses. Secara khusus, kursus ini menekankan terhadap perbincangan sekitar memahami serta mentaktifkan konsep 6Sigma dan langkah-langkahnya, pengecaman faktor-faktor kritikal terhadap kualiti, strategi pengukuran, fasa analisis, fasa kawalan serta alat-alat kualiti termasuk beberapa carta kawalan data selanjar dan atribut seperti carta min dan julat, carta min dan sisihan piawai, carta data individu dan purata bergerak, carta CUSUM dan carta EWMA. Topik-topik seperti penilaian kebolehupayaan proses, pengecaman proses di luar kawalan, dan carta kawalan lanjutan juga dibincangkan.
STQK6134 Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) dari aspek sejarah, falsafah, prinsip, keperluan, pengukuran, laporan dan kegunaannya. Tajuk yang dibincangkan termasuk sejarah perkembangan PKM, falsafah PKM prinsip dan keperluan PKM; penumpuan pelanggan, pengurusan sumber manusia, pengurusan proses dan pengukuran prestasi, dan penandaarasan.
STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang konsep pengukuran prestasi sesebuah organisasi. Penekanan berkisar kepada persoalan mengapa pengukuran prestasi diperlukan oleh organisasi dan bagaimana pengukuran prestasi dapat dilaksanakan. Antara topik yang disentuh adalah, penunjuk prestasi utama (Key performance Index, KPI) serta kaitannya dengan perancangan strategik organisasi. Prinsip pengukuran berasaskan ‘Balanced Scorecard’ (BSC) dengan mengukur prestasi berasaskan empat perspektif utama; Proses Dalaman, Pelanggan, Kewangan dan Modal Insan turut dibincangkan beserta cabaran dalam melaksanakannya. Kefahaman pelajar diperkukuhkan dengan beberapa kajian kasus di dalam organisasi.
STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan
Kursus ini merupakan satu pengenalan kepada konsep rantaian bekalan dan akan menjelajah pengurusan rantaian bekalan bagi meningkatkan kecekapan bekalan keseluruhan sesebuah organisasi. Konsep lain termasuk definisi bekalan rantaian, prosedur pengecaman, gambaran keseluruhan terhadap kaedah-kaedah, proses-proses, dan sistem yang digunakan dalam operasi rantaian bekalan, dan penggunaan kaedah-kaedah, proses-proses, dan sistem yang digunakan untuk menambah baik prestasi rantaian bekalan.
STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di sektor Awam
Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan Sistem Penyampaian Perkhidmatan oleh Agensi Kerajaan. Antara yang perlu difahami ialah pelbagai dasar, peraturan dan pekeliling tentang pelbagai jenis dan tahap perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Aspek sejarah perkhidmatan awam dan evolusi sistem penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia turut dibincangkan. Antara pendekatan penting dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang akan diketengahkan ialah ‘Best Value Review’. Perbandingan dengan beberapa sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara luar, khususnya di negara maju seperti Australia, United Kingdom, USA dan Kanada akan turut disentuh. Beberapa kajian kes sistem penyampaian perkhidmatan awam di agensi-agensi kerajaan akan dibincangkan.
STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan
Kursus ini menerangkan kepada pelajar takrifan ‘perkhidmatan pelanggan’ dan ‘kecemerlangan perkhidmatan’, asas kecemerlangan perkhidmatan serta kepentingan kecemerlangan perkhidmatan kepada sesebuah organisasi. Antara aspek penting ialah bagaimana sesebuah organisasi dapat meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Ia membincangkan jangkaan pelanggan dan kepuasan mereka, begitu juga dengan aduan pelanggan serta menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh pelanggan. Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan dengan beberapa kajian kes yang melibatkan kecemerlangan perkhidmatan di agensi-agensi Kerajaan dan swasta. Turut dibincangkan ialah beberapa teknik dan kaedah berkesan untuk mengurus sesuatu perkhidmatan.
STQK6524 Pengukuran Produktiviti
Kursus ini memperkenalkan konsep pengukuran produktiviti sesebuah firma yang mengubah input yang digunakan kepada output secara cekap. Pengukuran produktiviti adalah satu cara yang menyediakan medium yang baik untuk memantau status produktiviti, dan untuk mengaitkan produktiviti dengan objektif strategik lain secara jelas. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk penunjuk-penunjuk produktiviti, kaedah Analisis Penyampulan Data (APD), nombor-nombor Indeks dan Indeks Malmquist. Beberapa penggunaan kaedah APD dan Indeks Malmquist akan dibincangkan.
STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran
Kursus ini membincangkan kaedah penyelidikan dalam bidang pemasaran. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah penyelidikan saintifik bagi memahami serta menganalisis sesuatu masalah dalam organisasi. Kefahaman tentang persoalan masalah, isu penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, pengumpulan dan analisis data akan dibincangkan secara mendalam. Pendekatan terbaik dalam menghasilkan ‘Ringkasan Eksekutif’ juga akan disentuh. Penggunaan pakej statistik SPSS serta tafsiran kepada hasil analisis statistik akan didedahkan kepada pelajar. Dalam hal ini, beberapa konsep dan kaedah analisis statistik akan dibincangkan dengan menggunakan set data yang dikumpul daripada masalah nyata yang dipilih.
STQK6544 Reka bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
Kursus ini meneroka bagaimana statistik digunakan bagi mengawal kualiti reka bentuk produk dan proses dalam industri pembuatan dan seterusnya menjamin kebolehpercayaan sistem pengeluaran. Data yang dipungut daripada reka bentuk uji akan dianalisis dan seterusnya para pelajar akan berkemampuan menterjemah keputusan tersebut kepada yang bererti bagi konteks uji kajimasing-masing dengan mengambilkira ralat dan faktor yang sesuai. Antara tajuk yang dibincangkan adalah reka bentuk uji kaji dalam peningkatan dan kawalan kualiti: analisis varians, ujian-f, perbandingan berganda, reka bentuk rawak lengkap, reka bentuk faktoran, keortogonan, pemblokan, permukaan sambutan dan reka bentuk optimum; takrif kualiti Taguchi, kaedah Taguchi, nisbah isyarat-bisingan, reka bentuk teguh; fungsi kerugian dan toleransi pengeluaran; kebolehpastian dan fungsi mudarat; taburan masa hayat; pemilihan model dan penyuaian; sistem boleh baiki; mantik sistem; pokok kegagalan; rancangan ujian hayat; pengujian hayat dipercepatkan; model mudarat berkadaran dan regresi, termasuk juga pendedahan kepada kaedah tindakbalas permukaan (RSM).
STQK6988 Projek Penyelidikan
Projek penyelidikan merupakan satu kursus wajib yang melibatkan kajian kes/kajian kesusasteraan/penyelidikan. Pelajar dikehendaki menjalankan satu penyelidikan di bawah penyeliaan seorang penyelia. Pelajar juga dikehendaki memilih sesuatu tajuk penyelidikan yang sesuai dan dipersetujui oleh penyelia. Pelajar perlu menulis suatu laporan saintifik yang menyeluruh bagi penyelidikan yang telah dijalankan.