Sarjana Sains (mod penyelidikan)
Syarat Kemasukan Program Sarjana Sains (mod penyelidikan)
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 atau yang setara dengannya, tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, dengan minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing;
- Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
- Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.