Soalan Lazim
Pengambilan dan Kemasukan
FST menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat pascasiswazah. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, sila klik di sini.
Pengambilan untuk program pengajian mod kerja kursus ditawarkan dua (2) kali setahun pada September dan Februari setiap tahun. Manakala pengambilan untuk pengajian mod penyelidikan adalah sepanjang tahun.
Terdapat dua (2) semester pengajian dalam setahun.
Kadar yuran untuk pelajar tempatan adalah seperti berikut (klik pada jadual yuran)Kadar yuran untuk pelajar antarabangsa, adalah seperti berikut (klik pada jadual yuran)
Bilangan semester minimum pengajian untuk peringkat PhD adalah enam (6) semester untuk sepenuh masa dan lapan (8) semester untuk separuh masa.
Bilangan semester maksimum untuk peringkat PhD adalah dua belas (12) dan untuk sepenuh masa dan empat belas (14) untuk separuh masa.
Untuk pengajian peringkat Sarjana, bilangan semester minimum adalah dua (2) semester untuk sepenuh masa dan empat (4) semester untuk separuh masa.
Bilangan semester maksimum untuk pengajian peringkat Sarjana adalah empat (4) manakala untuk separuh masa adalah lapan (8).
Boleh, tertakluk kepada persetujuan pihak Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah.
Keperluan kursus Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL adalah untuk pelajar – pelajar antarabangsa.
Akademik dan Penyeliaan
Boleh, dengan syarat:
1. mendapat perakuan daripada Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah; dan
2. telah menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berimpak tinggi yang berkaitan dengan penyelidikannya atau jurnal-jurnal lain atau penerbitan makalah yang diiktiraf oleh Senat;
Di samping itu, mungkin ada syarat – syarat lain yang perlu dipenuhi oleh calon.
Boleh, dengan mengikuti program pengajian secara penyelidikan dan tertakluk kepada persetujuan Penyelia.
Pensyarah daripada luar UKM boleh dilantik sebagai Penyelia Bersama dengan persetujuan Penyelia Utama dan Dekan.
UKM tidak menawarkan sebarang biasiswa kepada pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, UKM mempunyai Skim Zamalah untuk pelajar – pelajar yang terpilih. Di samping itu juga, UKM memberikan bantuan kewangan kepada Pembantu Penyelidik Siswazah (Graduate Research Assistantship).Untuk Skim Zamalah, calon yang memohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan mempunyai potensi sebagai penyelidik. Untuk Pembantu Penyelidik Siswazah, calon perlu menghubungi penyelia yang berkenaan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan oleh penyelia tersebut.