Sila hubungi: +603 89214641
  • Penyelidikan ini

    Laman web ini dibina bertujuan untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan program penyelidikan ini melalui maklumat kajian, berita dan laporan terkini yang berkaitan. Di samping itu, laman web ini juga bertindak sebagai satu platform untuk berkongsi idea mengenai konsep kesepaduan sosial yang kini giat diperkatakan.

    Baca selanjutnya...
  • Penyelidikan ini

    Semasa Seminar Program Kesepaduan Sosial Negara pada 3 November 2012 yang lalu, semua penyelidik secara kolektif telah memahami perkembangan terkini setiap sub-projek di bawah program ini sekaligus membolehkan mereka saling bertukar-tukar pandangan dan membantu di antara satu sama lain berkaitan kajian masing-masing.

    Baca selanjutnya...
  • Can literature and traditional proverbs and idioms in Malay, Chinese, Tamil and English help in bringing us closer in creating 1Malaysia by 2020?

    Baca selanjutnya...
  • Mesyuarat Penyelidikan LRGS bersama Penyelidik dari Taylors University

    Tarikh: 06 Mac 2013

    Tempat: Taylors Lake Side Campus

    Masa: 9.00 pagi hingga 5 petang

  • Kesepaduan Sosial dalam UNDP National Human Development Report (NHDR) untuk Malaysia.

    Satu mesyuarat telah diadakan pada 14 Mac 2013 bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia bermula jam 8.00 malam untuk membincangkan bagaimana kesepaduan sosial menjadi teras dalam penyediaan Laporan NHDR untuk Malaysia.

    Baca selanjutnya...
  • Mesyuarat Penyelidikan Bersama Penyelidik Dari Universiti Toulose

    Sub-projek A:Projek 3 “Etnisiti di Tempat Kerja” yang diketuai oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor telah mengadakan perbincangan mengenai sub-projek beliau dengan Prof. Jean Pierre Poulain dan pasukan kajian daripada Universiti Toulose, iaitu Dr. Cyrille Laporte dan Ms. Sara Abourich pada 18 Mac 2013 jam 11.00 pagi di bilik mesyuarat KITA, UKM.

    Baca selanjutnya...
  • Usahasama di antara Sub-projek KITA-MESRA™ dengan pihak ASTRO AWANI

    Satu mesyuarat perjanjian usahasama dengan ASTRO AWANI telah diadakan pada 15 Mac 2013 jam 10.00 pagi untuk membincangkan kajian lanjutan projek KITA-MESRA™ dan penggunaan data kajian dalam rancangan bual-bicara ASTRO AWANI.

    Baca selanjutnya...
  • Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri KPT memetik hasil kajian KITA-MESRA:

    "They are willing to openly declare that they are Malaysians first instead of identifying with their race. Kita-UKM (Institute of Ethnic Studies,,Universiti Kebangsaan Malaysia) conducted a research over 20 parliamentary constituency...

    Baca selanjutnya...
  • Lawatan dari Fakulti Sosiologi dan Antropologi, Universiti Thammasat ke KITA

    Seramai 8 orang ahli akademik dari Fakulti Sosiologi dan Antropologi (FSA), Universiti Thammasat melawat KITA pada 28 Mac yang lalu. Rombongan tersebut diketuai oleh Prof. Jirapa Worasiangsuk, Dekan, FSA. Rombongan diberi taklimat mengenai KITA dan projek-projek penyelidikan yang sedang diusahakan di KITA termasuk mengenai PADU oleh Prof. Dr. Ong Puay Liu dan Encik Anis Yusal Yusoff.

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa.

  • Persidangan Meja Bulat Sempena 50 Tahun Persekutuan Malaysia (Siri I)

    Tarikh: 25 September 2013 (Rabu)

    Tempat: Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Masa: 8.00 pagi hingga 1 tengah hari

    Program ini ialah anjuran Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Kumpulan Penyelidikan Kesepaduan Sosial dan Federalisme (LRGS/BU/2011/UKM/CMN), Institut Kajian Etnik(KITA) serta Majlis Profesor Negara dan dirangka sempena memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Pengunjung yang dihormati,

Selamat Datang ke laman web rasmi Program Kesepaduan Sosial Negara (PADU).

Laman web ini dibina bertujuan untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan program penyelidikan ini melalui maklumat kajian, berita dan laporan terkini yang berkaitan. Di samping itu, laman web ini juga bertindak sebagai satu platform untuk berkongsi idea mengenai konsep kesepaduan sosial yang kini giat diperkatakan. Laman web ini direka dengan cara yang mesra pengguna bagi memastikan akses yang cepat dan tepat kepada maklumat yang dicari.

"Yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah 'kesepaduan,' iaitu satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan..."
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2011:16)
Siri Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung