Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek B (Projek 4): Mengukur Kesepaduan Sosial Melalui Lensa Psikologi Sosial

 

Dr. Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim

Dr. Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim

 

Sub-Projek B : Dr. Mohd Ibrani Sharimin Bin Adam Assim (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Mengukur Kesepaduan Sosial Melalui Lensa Psikologi Sosial

Sub-projek ini diketuai oleh Dr. Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Projek 4: Cabaran Politik dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial. Antara output yang dijangkakan dapat dicapai ialah:

  1. Tahap prejudis dan stereotaip  masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia dikenalpasti.
  2. Protokol kesepaduan sosial sebagai mekanisme strategi metodologikal – ‘methodological strategy mechanism’ – (KS-MSM) hindar atribut stereotaip dan prejudis dibangunkan.
  3. Atribut ‘eigenvector’ hindar prejudis stereotaip kaum dan agama dalam parameter pembentukan dasar pembangunan yang berasaskan pencapaian kesepaduan sosial diimplementasikan.

Pasukan penyelidik telah mengadakan satu Bengkel Pemurnian Instrumentasi Kajian dan Penyediaan Laporan Kemajuan Sub-projek pada bulan Disember 2012. Bengkel tersebut diadakan bagi tujuan mengolah data kompleks yang melibatkan pelbagai pembolehubah kepada bentuk dan penggunaan instrumentasi menurut keperluan kerangka analitikal kajian, mengembangkan penggunaan instrumen analisis Structural Equation Modeling (SEM) kepada metodologi estimation maximum likelihood melalui penggunaan AMOS, LISREL, EQS dan program analitikal kualitatif yang berkaitan, mendapatkan input panel pakar mengenai pembangunan mampan instrumentasi kajian dan menyediakan laporan kemajuan kajian bagi tahun berakhir 15 Disember 2012.

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply