Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek A (Projek 4): Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial

Prof. Dr. Wan Kamal Mujani

 

Sub-Projek A : Prof. Madya Dr. Wan Kamal  Mujani (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial

Pada bulan Disember 2012, pasukan penyelidik di bawah kumpulan penyelidikan ini telah mengadakan bengkel penulisan buku dan artikel serta telah memulakan kerja lapangan dengan mengedarkan soal selidik kajian. Penyelidik juga akan menghadiri satu persidangan antarabangsa di Taiwan pada bulan Januari 2013 akan datang bagi meluaskan jaringan penyelidikan dan mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan kajian.

Elemen/amalan Wasatiyyah telah lama wujud dlm masyarakat Malaysia. Wasatiyyah mempunyai kaitan yg amat rapat dengan kesepaduan & keadilan sosial, sikap tidak extrem, tolak ansur dlm rakyat Malaysia dan lain-lain. žPilot test yg dilaksanakan (90 soalan) dari 9-16 Okt 2012 (Kajian lapangan mengikut 5 zon bermula 11 Nov 2012) menunjukkan peratusan tinggi mereka yang tidak memahami apa itu Wasatiyyah walaupun ia telah dilancarkan pada Sept 2010. Cabaran dan strategi dapat dikenal pasti secara umum (sebaran maklumat Wasatiyyah tidak luas dan sebagai contoh, ianya boleh dikukuhkan dalam pendidikan.

Antara objektif untuk kajian ini ialah:

  1. žMengukur tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep Wasatiyyah
  2. žMengenal pasti cabaran-cabaran terkini (dari dalam dan luar) yang dihadapi oleh Malaysia yang boleh menggugat konsep Wasatiyyah dan kesederhanaan yang menjadi amalan semua agama di Malaysia.
  3. žMengenalpasti mekanisme terbaik untuk mengukuhkan kefahaman terhadap konsep Wasatiyyah dalam kalangan rakyat Malaysia.
  4. žCadangan utk polisi/dasar kerajaan bagi mengukuhkan kefahaman tentang Wasatiyyah.

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply