Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek C (Projek 3): Model Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Etnik Sempadan

Dr. Suhana Saad (wakil Ketua : Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan)

Dr. Suhana Saad (wakil Ketua : Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan)

 

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Model Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Etnik Sempadan

Sub-projek ini kini berada pada peringkat tinjauan data sekunder – pengkalan data dalam bentuk Annotated Bibliography kumpulan etnik di persempadanan dan telah mengadakan sesi perbincangan dan sumbangsaran sebanyak beberapa kali dengan pasukan penyelidik bagi tujuan pengagihan tugas dan penyediaan abstrak persidangan. Penyelidik juga telah mengambil bahagian di dalam Poster Penyelidikan & Pameran PPSPP baru-baru ini.

Kajian ini memberi perhatian terhadap komuniti yang berada di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat dan Brunei.  Penyelidikan konseptual tentang isu identiti yang berasaskan etnik dan nilai budaya diketengahkan bagi memahami unsur-unsur nasionalisme yang membentuk negara. Hal ini kerana dinamika sosial politik oleh pusat/negara kurang diterap di periferi. Pertalian antara komuniti Sarawak-Kalimantan Barat dikekalkan dengan perhubungan sosial, politik dan juga ekonomi. Antara interaksi di periferi adalah seperti perkahwinan, aktiviti keaagamaan dan juga informal trading.

  • Objektif kajian ini ialah:
  1. —Mengenalpasti dinamik-dinamik sosial (termasuk kelangsungan ekonomi pada aras isirumah, ideologi, pandang-dunia dan kepimpinan lokal) yang membina identiti dan melestarikan kehidupan di sempadan.
  2. —Menyiasat hubungkait di antara aspek etnisiti, budaya lokal, budaya nasional dan konsep sepadu/kesepaduan dalam kalangan komuniti sempadan.
  3. —Mencadangkan alternatif daripada perspektif komuniti sempadan tentang gagasan negara bangsa.

 

  • Untuk tahun pertama ini kajian meliputi kumpulan etnik di beberapa lokasi kajian yang telah dilakukan penelitian awal :
  1. Lubok Antu, Mongkos, Biawak, Telok Melano dan Telok Serabang.

 

  • Pecahan etnik di lokasi yang dikenalpasti :
  1. Di daerah kecil Mongkos – suku kaum Bidayuh
  2. Di daerah Telok Melano/Telok Serabang – suku kaum Melayu Sambas

 

Dari kiri berbaju putih: Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan (Ketua), Dr. Suhana Saad, Prof. Madya Dr. Noor Rahamah Hj. Abu Bakar, Dr. Mohd Yusof Hj.Abdullah (belakang: berbaju hitam), Prof. Madya Dr. Abd. Hair Awang (kanan sekali)

Dari kiri berbaju putih: Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan (Ketua), Dr. Suhana Saad, Prof. Madya Dr. Noor Rahamah Hj. Abu Bakar, Dr. Mohd Yusof Hj.Abdullah (belakang: berbaju hitam), Prof. Madya Dr. Abd. Hair Awang (kanan sekali)

 

 

 

Dengan adanya kajian ini, isu-isu berkaitan pola hubungan etnik dalam kalangan komuniti sempadan dapat dikenalpasti. Pangkalan data dalam bentuk Annotated Bibliography kumpulan etnik di persempadanan Sarawak/ Kalimantan/ Sabah telah 40 peratus dilaksanakan. Pemetaan komuniti sempadan dari segi pola penempatan, sejarah dan sosiobudaya sedang dikumpulkan. Output berbentuk kertas kerja telah dibentangkan di ICOSH (2012) dan BOSS (2013)

 

kawasan research

 

border dr june

Lokasi semasa menjalankan kerja lapangan

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

  • kesepaduan sosial dalam sukan
Leave a Reply