Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek A (Projek 3): Etnisiti Di Tempat Kerja

 

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor

 

Sub-Projek A : Prof. Dr.  Mansor Mohd Noor (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Etnisiti Di Tempat Kerja

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dibahagikan kepada 3 sektor iaitu:

a.Primary sector-agri & agro activity
b.Tertiary Sector-hotel services
c.Production sector-automobile & aero industry

 

Primary Sector-Agri & Agro Activity dipecahkan lagi kepada:
1.Perniagaan Peruncitan Perniagaan Komputer di Plaza Low Yatt
2.Pasar Malam di Negeri Sembilan & Sarawak
3.Pasar Borong Produk Pertanian Nilai 3
4.Sejarah Etnisiti di Tempat Kerja
5.Dunia Siber Etnisiti di Tempat Kerja

 

Pengukuran sedia ada yang akan dijadikan asas kepada pembinaan Indeks Kesepaduan Komposit Sosial ialah:

1.MESRA: kualiti hidup & hubungan etnik
2.Etos bangsa
3.Indeks ketegangan sosial JPNIN
4.Kesepaduan sosial
5.Ikatan sosial
6.Cross cutting ties & relationship

 

Sub-projek ini dijalankan berdasarkan kerangka teoretikal di mana analisis struktural  digabungkan bersama teori pilihan rasional untuk memahami pengaruh struktur sosial ke atas tingkah laku manusia dan kedinamikan yang boleh berlaku dalam masyarakat. Satu bengkel telah diadakan pada bulan Disember 2012 bagi membincangkan tentang Pembinaan Indeks Komposit Kesepaduan Sosial dengan mengambilkira beberapa indikator seperti MESRA: kualiti hidup & hubungan etnik, etos bangsa,indeks ketegangan sosial JPNIN, kesepaduan sosial, ikatan sosial, cross cutting ties & relationship sebagai pengukuran sedia ada yang akan dijadikan asas pembinaan indeks tersebut. Kajian rintis pula dijangkakan akan dijalankan pada tahun kedua iaitu tahun 2013.

Mesyuarat Penyelidikan Bersama Penyelidik Dari Universiti Toulose

Sub-projek A Projek 3 PADU “Etnisiti di Tempat Kerja” yang diketuai oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor telah mengadakan perbincangan mengenai sub-projek beliau dengan Prof. Jean Pierre Poulain dan pasukan kajian daripada Universiti Toulose, iaitu Dr. Cyrille Laporte dan Ms. Sara Abourich pada 18 Mac 2013 jam 11.00 pagi di bilik mesyuarat KITA, UKM. Taklimat mengenai PADU secara keseluruhan dan pengurusan kewangan dibentangkan oleh Tn. Haji Anis Yusal Yusoff, Koordinator PADU. Turut bersama dalam perbincangan adalah pelajar PhD KITA, Pn Marcela, RA PADU, Cik Nurul Syafawani Halim dan Cik Amal Amirah Omar.

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

Leave a Reply