Sila hubungi: +603 89214641

Projek

 

Di bawah Program Kesepaduan Sosial Negara ini terdapat 4 projek utama dan 13 sub-projek yang berasingan di bawahnya. Bagi mencapai objektif kajian, pihak kami memerlukan kepakaran dan pengalaman dari pelbagai bidang yang menjadi teras utama dalam penyelidikan ini dan sekaligus telah mengadakan jalinan kerjasama dengan beberapa orang penyelidik dari universiti luar seperti UPM, UTM, UMS dan USM yang dilantik berdasarkan kelayakan yang sewajarnya agar penyelidikan ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dijadualkan.

Berikut merupakan senarai sub-projek di bawah 4 projek utama di bawah payung Program Kesepaduan Sosial Negara yang diterajui oleh Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Ketua Program, iaitu Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin serta rakan-rakan.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap projek yang dijalankan di bawah program ini.

 

Projek 1: Pembentukan Teori dan Konsep Kesepaduan Sosial Melalui Pendidikan

 

 

Sub-projek
A.Modul Pembelajaran Interaktif 1R + 3r.
B.Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah.
C.Sastera Dalam Kesepaduan Sosial.

 

Projek 2: Governans Untuk Kesepaduan Sosial

 

 

Sub-projek
A.Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia.
B.Memahami Kontradiksi Dan Kesinambungan Amalan Federalisme Melalui Penelitian Perlembagaan.
C.Integriti Dalam Kesepaduan Sosial.
D.Pembina Atau Pembinasa: Kuasa Korporat Dan Csr (Tanggungjawab Sosial Korporat) Dalam Membentuk Kesepaduan Sosial.

 

Projek 3: Mengenalpasti Pola Prilaku Hubungan Etnik Dalam Kesepaduan Sosial

 

 

Sub-projek
A.Etnisiti Di Tempat Kerja.
B.Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)
C.Model Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Etnik Sempadan.

 

Projek 4: Cabaran Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial

 

 

Sub-projek
A.Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial.
B.Mengukur Kesepaduan Sosial Melalui Lensa Psikologi Sosial.
C.Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial: Prejudis Dan Stereotaip.

 

 

 

 

 

Kembali