Sila hubungi: +603 89214641

Status

STATUS KEMAJUAN & PELAKSANAAN PROJEK

Berikut ialah laporan status kemajuan dan pelaksanaan projek terkini keseluruhan tiga belas sub-projek di bawah program ini sehingga bulan Disember 2012. Ini adalah susulan daripada mesyuarat bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Seminar Program Kesepaduan Sosial Negara yang telah diadakan pada 3 November 2012. Hasil daripada kedua-dua aktiviti tersebut, dapat dilihat bahawa peratusan perbelanjaan telah meningkat berbanding lima bulan yang lalu semasa mesyuarat pemantauan diadakan bersama ketua-ketua sub-projek.

Semasa Seminar Program Kesepaduan Sosial Negara pada 3 November 2012 yang lalu, semua penyelidik secara kolektif telah memahami perkembangan terkini setiap sub-projek di bawah program ini sekaligus membolehkan mereka saling bertukar-tukar pandangan dan membantu di antara satu sama lain berkaitan kajian masing-masing.

Sila klik pautan (link) di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang status terkini sub-projek di bawah program ini.

 

Projek 1 : Pembentukan  Teori Dan Konsep Kesepaduan Sosial Melalui Pendidikan

Sub-projek A: : 1R + 3r

 

Sub-projek B: Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

 

Sub-projek C1: Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

 

Sub-projek C2: Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

 

 

Projek 2 : Governans Untuk Kesepaduan Sosial

Sub-projek A: Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

 

Sub-projek B: Memahami Kontradiksi Dan Keseinambungan Amalan Federalisme Melalui Penelitian Perlembagaan

 

Sub-projek C: Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

 

Sub-projek D: Pembina Atau Pembinasa: Kuasa Korporat Dan Csr (Tanggungjawab Sosial Korporat) Dalam Membentuk Kesepaduan Sosial

 

 

Projek 3 : Mengenalpasti Pola Prilaku Hubungan Etnik

Sub-projek A: Etnisiti Di Tempat Kerja

 

Sub-projek B: Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)

 

Sub-projek C: Model Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Etnik Sempadan

 

 

Projek 4 : Cabaran Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial

Sub-projek A: Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial

 

Sub-projek B: Mengukur Kesepaduan Sosial Melalui Lensa Psikologi Sosial

 

Sub-projek C: Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial: Prejudis Dan Stereotaip

 

 

 

 

 

 

 

Kembali