Portal Penyelidikan Cuaca Angkasa UKM

Pengenalan

Portal penyelidikan cuaca angkasa dibina oleh Pusat Sains Angkasa, UKM untuk memupuk minat terhadap penyelidikan cuaca angkasa di kalangan masyarakat, baik para pelajar sekolah, pelajar universiti dan kolej, para guru, penyelidik serta sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang penyelidikan atau ingin mempelajari mengenai penyelidikan cuaca angkasa

Sebagai salah satu projek komuniti juga, Pusat Sains Angkasa UKM telah mengadakan beberapa pertandingan penyelidikan cuaca angkasa di peringkat sekolah. Para pelajar sekolah akan melanjutkan pelajaran mereka ke universiti-universiti pilihan mereka kelak, oleh itu dengan pendedahan awal ini mereka akan mendapat gambaran awal bagaimana penyelidikan cuaca angkasa dijalankan. Mereka mungkin juga akan memilih bidang sains angkasa sebagai bidang pilihan mereka.

Beberapa topik penting berkaitan penyelidikan yang dijalankan juga disampaikan di sini sebagai bahan bacaan yang berguna. Aktiviti-aktiviti menarik seperti kuiz cuaca angkasa juga disediakan untuk menguji tahap kefahaman anda dalam bidang cuaca angkasa. Kami berharap anda dapat memanfaatkan laman web ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan anda.

IMG_5055Foto : Para pelajar yang telah mengikuti pertandingan penyelidikan cuaca angkasa peringkat sekolah anjuran Pusat Sains Angkasa, UKM.