Portal Penyelidikan Cuaca Angkasa UKM

Gangguan Ionosfera Mendadak (SID)

Aktiviti pada Matahari boleh menyebabkan perubahan secara mendadak pada lapisan ionosfera. Apabila tenaga dari suar matahari sampai ke Bumi, ionosfera menjadi lebih terion secara tiba-tiba, dan dengan itu mengubah ketumpatan dan lokasi lapisan-lapisan tersebut. Dengan pengionan yang meningkat, isyarat radio yang dipancar kini dipantulkan dari lapisan D yang lebih rendah di mana stesen penerima akan menerima kekuatan isyarat yang lebih tinggi. Perubahan mendadak pada lapisan ionosfera ini dikenali sebagai Gangguan Ionosfera Mendadak (Sudden Ionospheric Disturbance, SID) yang boleh disebabkan oleh suar matahari.

SIDRajah : Apabila SID berlaku, lapisan D ionosfera mampu memantulkan isyarat radio VLF (sumber : Scherrer et. al)