Portal Penyelidikan Cuaca Angkasa UKM

Kepentingan Penyelidikan

Dalam sains, tujuan pembelajaran atau penyelidikan biasanya dikelaskan berdasarkan kepada dua kategori sains. Yang pertamanya adalah Sains Tulen. Tujuan penyelidikan dalam kategori sains tulen adalah untuk menghuraikan sesuatu perkara tentang dunia di sekeliling kita dan memahami bagaimana alam semesta berfungsi. Yang kedua adalah sains gunaan. Dalam sains gunaan, tujuan penyelidikan biasanya adalah untuk mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh manusia atau alam semulajadi.

Dalam penyelidikan cuaca angkasa, di samping menghuraikan fenomena-fenomena cuaca angkasa seperti kesan aktiviti matahari terhadap bumi dan kehidupan di dalamnya khususnya, penyelesaian-penyelesaian masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti-aktiviti matahari dan cuaca angkasa ini akan dicari untuk manfaat kepada manusia.