Anugerah Bitara UKM
Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti di mana ianya merupakan satu platform yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan kepada akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan dan pembangunan modal insan.
Syarat dan peraturan adalah berbeza bagi setiap anugerah yang ditawarkan. Sila muat turun borang untuk melihat syarat dan kriteria anugerah tersebut.
Dokumen disediakan di dalam bentuk salinan lembut bagi kemudahan pengisian. Semua dokumen perlu diisi dimuat turun dan dilengkapkan. Setiap kategori mempunyai borang dan kriteria yang berbeza. Semua permohonan dan penyediaan bahan sokongan perlu mengikut keperluan setiap kategori tersebut.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2020 (Khamis) jam 5.30 petang. Borang penyertaan yang telah lengkap berdasarkan semua kriteria beserta bahan sokongan hendaklah disampaikan kepada Urusetia Anugerah Bitara UKM (Nama dan alamat pada Borang Permohonan)