Sistem Pemantauan

Penggunaan Sistem e-Iktiraf bagi Pendaftaran dan Capaian Maklumat Anugerah/Pengiktirafan Staf

Dimaklumkan bahawa Sistem e-Iktiraf telah dibuka kepada semua staf dan Pusat Tanggugjawab (PTJ). Sistem e-Iktiraf merupakan sistem capaian data pengiktirafan individu (Staf) dan data pengiktirafan ini penting untuk tujuan audit (RU, MQA), penarafan dan pencalonan anugerah samada dalam atau luar UKM. Sistem ini berintegrasi dengan beberapa sistem maklumat universiti yang lain bagi capaian data berpusat.

Sehubungan itu, kemasukan maklumat anugerah oleh staf atau urus setia sistem melalui sistem maklumat yang berkenaan (SMK, SMPU, e-Khidmat, e-Sukan dan lain-lain) diperlukan agar data pengiktirafan e-Iktiraf sentiasa dikemaskini.

Bagi pengiktirafan peringkat PTJ, maklumat perlu diinput oleh Ketua Pentadbir PTJ. Sistem ini boleh dicapai melalui pautan daripada portal eWarga (Aplikasi Dalam Talian > Urusan Staf > e-Iktiraf) atau secara terus ke Sistem e-Iktiraf.

Kaedah capaian adalah sama seperti sistem maklumat universiti yang lain iaitu menggunakan ID e-Warga masing-masing dan manual pengguna paper writer sistem telah disediakan di dalam sistem ini.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada urusetia sistem iaitu Pn. Zaimi binti Makhtar (samb: 5234 ) dan En. Barudin bin Baharin (samb: 4812 ).