Persatuan Wanita UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Peranan

  1. Menjadi sebuah badan yang mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan yang bertugas dengan Universiti (Akademik/Am).
  2. Menjadi sebuah badan perundingan semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli.
  3. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan Universiti.
  4. Memberi bantuan kepada anak-anak yatim/fakir miskin/golongan kurang upaya/siswa/siswi yang memerlukan bantuan.
  5. Memberi Biasiswa Kecil kepada pelajar sekolah menengah, Dana Siswi kepada mahasiswi dan menganjurkan Tabung Siswa/Siswi Kurang Upaya.
  6. Menganjur aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan kemasyarakatan.
  7. Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.