); ga('require', 'displayfeatures'); ga('require', 'linkid'); ga('set', 'anonymizeIp', true); ga('send', 'pageview');

Katalog GEMILANG

Pengenalan

Katalog Perpustakaan UKM adalah rekod asas yang memberi maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan- Perpustakaan Cabang. GEMILANG ialah nama yang diberi bagi Katalog Awam Dalam Talian perpustakaan UKM, iaitu singkatan daripada GEDUNG MAKLUMAT ILMU TUN SERI LANANG.

Pencarian bahan melalui rangkaian internet boleh dilakukan tanpa menggunakan ID dan kata laluan. Maklumat bahan dari Koleksi Perpustakaan boleh diperolehi untuk keperluann pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi.

Untuk mendapatkan bahan, pelanggan perlu mencatat nombor panggilan serta petunjuk lokasi bahan dengan tepat, kerana nombor panggilan menunjukkan penempatan dan susunan bahan di rak Katalog ini boleh dicapai melalui Internet di alamat http://gemilang.ukm.my

Pencarian melalui GEMILANG akan memberikan maklumat mengenai Koleksi Perpustakaan UKM. Ini termasuklah maklumat mengenai Koleksi Perpustakaan Induk, Perpustakaan Tun Seri Lanang Lanag yang merangkum.kepada judul –judul bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan sahaja seperti berikut:

  • Buku
  • Jurnal
  • Tesis
  • Kamus
  • Laporan Undang –Undang
  • Bahan Media
  • Kertaskerja Persidangan

Fungsi GEMILANG:

  • Melakukan pencarian bahan melalui pengarang/judul /perkara
  • Mengenalpasti lokasi bahan di dalam koleksi perpustakaan.
  • Membantu memudahkan pencarian bahan dan lebih efektif.
  • Mengetahui status bahan samada ada dalam koleksi atau sedang dalam pinjaman.
  • Membuat tempahan bahan yang sedang dalam pinjaman.
  • Mempembaharui pinjaman bahan.
  • Melihat rekod pinjaman sendiri (jumlah pinjaman, akaun jika ada denda, status tempahan dll).

Translate »