); ga('require', 'displayfeatures'); ga('require', 'linkid'); ga('set', 'anonymizeIp', true); ga('send', 'pageview');

Mendeley

Pengenalan

Mendeley merupakan satu Reference Manager yang semakin mendapat perhatian masa kini.

Ianya merupakan perisian Reference Manager yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh beroperasi sebagai perisian Desktop dan Web secara serentak.

Sebagaimana Reference Manager yang lain, Mendeley adalah perisian bibliografi yang membolehkan pengurusan dan penyimpanan data-data rujukan di dalam pangkalan data yang dibangunkan sendiri.

Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan anda.

Mendeley membantu mengurus dan menghasilkan senarai rujukan bibliografi dan petikan dalam rujukan (in-text citation) mengikut format dan standard yang dikehendaki di dalam “Microsoft Word” secara automatik.

Mendeley juga berfungsi sebagai perisian untuk jaringan sosial akademik yang membolehkan penyelidik berkongsi sumber rujukan atau berkolaborasi secara dalam talian.

Url Gaya UKM terkini seperti berikut :

http://csl.mendeley.com/styles/66537561/GayaUKM-MelayuMazleha

Translate »