"Kanak-kanak sentiasa berusaha memahami dunianya. Biarkan mereka meneroka. Di Tunas Permata UKM, kanak-kanak belajar di dalam persekitaran yang kaya ilmu serta menyuburkan minda mereka"

Visi dan Misi

VISI

Menjadi pusat rujukan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak


MISI

Menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak yang memaksimakan perkembangan potensi mereka ke arah kecemerlangan

Objektif Tunas Permata

  • Memaksimakan perkembangan kanak-kanak melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu
  • Mewujudkan prasarana yang kondusif dan dinamik terhadap perkembangan profesional para pendidik
  • Mewujud dan mengaktifkan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak
  • Memacu penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak
  • Mewujud dan menyuburkan perkongsian pintar dengan komuniti di persekitarannya