HARI KELUARGA UKM 2000

 

 Pengenalan

Sempena sambutan 30 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diraikan pada alaf baru ini, Bahagian Hal-ehwal Pelajar (HEP) menganjurkan buat julung-julung kalinya Hari Keluarga UKM 2000. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada semua kakitangan UKM beramah mesra dan saling kenal-mengenali bersama keluarga masing-masing.

 

 Objektif

Sebagai pengisian salah satu acara sambutan 30 tahun UKM
Memupuk perasaan muhibbah di antara kakitangan UKM dan keluarga mereka.
Memberi peluang kakitangan UKM terlibat dengan pelabagai aktiviti sukan, rekreasi dan kebudayaan.

 

 Penyertaan

Kakitangan UKM dan ahli-ahli keluarga mereka

 

 Senarai acara-acara sempena Hari Keluarga UKM 2000

Acara Tempat Masa
Senamrobik Pavillion 8.00 pagi
Sukaneka Gelanggang sukan 9.00 pagi
Permainan tradisional Dataran Panggung Seni 9.00 pagi
Bakat kanak-kanak DECTAR 9.00 pagi
Pertandingan lukisan DECTAR 9.00 pagi
Pertandingan gubahan Dataran Panggung Seni 9.00 pagi
Warna-warna Seni UKM DECTAR 8.00 malam

 

 Struktur Organisasi Hari Keluarga UKM 2000

Penasihat : YBhg Prof Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh
  Timbalan Naib Canselor (HEP)
Pengerusi : Encik Addenan Bin Hj Abd Rahman
  Timbalan Pendaftar HEP
Setiausaha : Encik Mursidi Ahamad
Penyelaras Kewangan : Pn Khalijah Hj Bakar
Penyelaras Aktiviti Padang : Encik Ahsan Ahmad
Penyelaras Aktiviti Dewan : Encik Rafei Hj Mohamad
Penyelaras Gubahan : Encik Misro Jerut
Penyelaras Senamrobik : Dr Yang Farina Abdul Aziz
Penyelaras Persiapan : Ir Abd Ghani Wahab
Penyelaras Kebajikan : Dr Roslan Abdul Jalil
Penyelaras Publisiti : Pn Teh Raqamah Abdullah
Penyelaras Cenderamata : Pn Hajah Latiffah Mohd Kassim
Penyelaras Jamuan : Tn Hj Mohd Abdul Rashid Mohd Fadzil
  Encik Mokhtar Suratman
Penyelaras Tugas-tugas Khas : Prof Dr Mohd Wahid Samsudin
  Cik Kiftiah Abdul Razak
Wakil UK KL : Puan Mona Mohamed Annuar
Wakil HUKM : Encik Othman Ahmad