Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Sambutan Jubli Emas UKM

mengilham harapan mencipta masa depan

Lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 adalah hasil perjuangan dan semangat nasionalisme golongan cendekiawan sejak tahun 1920-an lagi. A. Kadir Adabi mencetuskan idea penubuhan sebuah universiti yang berciri kebangsaan apabila beliau meminta agar sebuah universiti ditubuhkan dengan tujuan untuk memajukan masyarakat Melayu di samping memartabatkan bahasa Melayu ke arah yang lebih tinggi. Namun begitu idea tersebut telah terencat malah perkembangan pendidikan Barat bertapak kuat di Tanah Melayu.

Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan telah menghidupkan kembali semangat terhadap penubuhan sebuah universiti yang akan menjadi institusi pendidikan lanjutan bagi pelajar lepasan sekolah aliran Melayu. Dalam zaman British, sistem persekolahan Melayu sekadar untuk menghapuskan buta huruf di peringkat minimun sahaja agar masyarakat Melayu terus hidup dalam kejahilan dan setakat menjadi kuli penjajah. Murid-murid dari sekolah Melayu bukan sahaja tidak mampu menimba pelajaran dan pendidikan di peringkat menengah dan menamatkan pengajiannya pada peringkat umur yang terlalu muda, malahan mereka juga terpaksa pulang semula ke kampung untuk meneruskan pekerjaan tradisi ibu bapanya sebagai petani dan nelayan tradisional.

Namun begitu atas usaha yang berterusan, sekumpulan cerdik pandai terutamanya dalam Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah merealisasikan penubuhan Universiti Kebangsaan. Tertubuhnya universiti ini bukan sahaja menandakan bermulanya sejarah baru dalam perkembangan sistem pendidikan negara, malah Universiti Kebangsaan telah berjaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tinggi di negara ini.

(sumber: Mohd Ali Kamaruddin (1981) Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Penubuhan. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.)

Sekretariat

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 8.30 am – 1.00 pm , 2.00 pm – 5.30 pm 
Jumaat: 8.30 am – 12.15 pm, 2.45 pm – 5.30 pm

Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am

Telefon

+6 03-8921 5633 / 3891

Mel-e

Lokasi

Sekretariat Sambutan Jubli Emas UKM
Aras 3 Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Malaysia