Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Sambutan Jubli Emas UKM

Bulan Mei 2020 menandai ulang tahun ke-50 UKM, universiti yang ditubuhkan atas desakan golongan cendekiawan Melayu untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di peringkat pendidikan tinggi. 

Kejayaan yang telah dicapai oleh UKM dalam pelbagai bidang ilmu setara dengan universiti lain di dalam dan di luar negara, dan perlu dijadikan asas untuk meningkatkannya terus-menerus sebagai universiti yang cemerlang. 

Akar yang mesti dipertahankan ialah “sifat kebangsaan” UKM, terutama bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam bidang apa-apa sahaja. UKM telah membuktikannya!

Dirgahayu UKM!



Prof. Datuk Dr. Awang Bin Sariyan

Pelajar angkatan keempat 1973/74 – Lembah Pantai
Pelajar kumpulan perintis IBKKM (kini ATMA)
[Ketua Pengarah DBP (2012-2016), dua kali Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing, Profesor Bahasa UPM dan UM, Profesor Tamu Universiti Frankfurt, Jerman, Profesor Kehormat Beijing Foreign Studies University, Profesor Dunia Melayu ISTAC-UIAM, Karyawan Ulung UNISZA, Penyandang Kursi Za’ba, IPM UPSI]