Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Sambutan Jubli Emas UKM

logo sambutan jubli emas UKM

Rasional Logo Sambutan Jubli Emas UKM ke-50 Tahun

  1. Angka 50 merujuk kepada ulang tahun ke-50 tahun penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 (1970-2020). Penggunaan gabungan warna merah dan emas pada angka 50 menggambarkan keberanian, semangat, kesediaan dan keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai universiti penyelidikan yang unggul dan keterhadapan. Manakala warna emas menggambarkan keunggulan, mutu dan kekayaan ilmu sepanjang tempoh 50 tahun UKM.
  2. Bulatan berwarna merah membentuk angka lima bermaksud kegigihan, keberanian, berketerampilan, keterhadapan dan berdaya saing demi UKM. Manakala kombinasi warna keemasan bermaksud keunggulan ilmu yang berprestej tinggi yang mencipta masa depan yang lebih gemilang.
  3. Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Masjid UKM melambangkan kemegahan ilmu, keimanan serta ketakwaan yang menjadi ikon UKM sepanjang zaman.
  4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan warna kuning pada huruf ‘U’ menggambarkan keunggulan ilmu dan berkualiti, huruf ‘K’ yang berwarna biru muda merujuk kepada daya kreativiti dan inovatif dalam kalangan warga UKM, manakala huruf ‘M’ yang berwarna merah adalah semangat jati diri seluruh lapisan golongan pelajar, akademik serta pengurusan dalam mencipta masa depan yang berteraskan pada misi, visi dan matlamat. Seterusnya, menjadikan universiti kebangsaan yang terkemuka pada peringkat antarabangsa.
  5. Tema sambutan Jubli Emas, iaitu ‘UKM Mencipta Masa Depan’ dijadikan hashtag (#) bertujuan menyebar luas serta menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas UKM sepanjang tahun 2020 dalam kalangan masyarakat pada amnya. Ia diletakkan bersebelahan pada angka 50 bagi menggambarkan semangat gigih, keteguhan serta iltizam sepanjang tempoh 50 tahun dalam usaha merealisasikan matlamat sebagai universiti penyelidikan keterhadapan berdaya saing

Rekaan: KHALID HASHIM, Penerbit UKM