Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Sambutan Jubli Emas UKM

Tan Sri Dato’ Seri Prof. Emerita Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor Ke 10 Universiti Kebangsaaan Malaysia           2006 – 2013

Mei 18 2020 tarikh keramat,
Genaplah usia UKM separuh abad,
Dibina atas titik peluh rakyat,
Diilham setiap lapisan masyarakat

Jangan hampakan harapan mereka,
Para pelopor yang kita cinta,
Yang mendirikan UKM dari mula,
Untuk memajukan generasi muda

Sejak awal penubuhan tak pernah dilupa,
Mengangkat Bahasa Melayu bahasa akademia,
Pelbagai bidang ilmu dijuarainya,
Tak segan bertanding di peringkat dunia

Anugerah dan pengiktirafan sudah diperolehi,
Kualiti, Swa-akreditasi dan autonomi pelbagai lagi,
Kejayaan cemerlang sudah terbukti,
Di mana berada warga dihormati

Roh UKM didalami disulami,
Kecemerlangan akademik yang amat tinggi,
Semangat kebangsaan berkobar tak terhenti,
Sahsiah yang mulia turut menerangi

UKM dan masyarakat tidak terpisah,
Saling mempengaruhi saling berkisah,
Segala kebaikan segala masalah,
Bersama diselami bersama diredah

Sejarah UKM dilupa jangan,
Bahasa Melayu tetap diabadikan,
Bersama UKM membina kecemerlangan,
Mengilham harapan menjana masa depan

Salam kasih dari saya,

Sharifah Hapsah Syed Hasan
18 hb Mei 2020