1,000 PELUANG PEKERJAAN DI EKSPO KERJAYA & KEUSAHAWANAN UKM

Oleh Nur Izzati Izzah – April 10, 2019 @ 4.12 petang

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 peluang pekerjaan dan latihan industri ditawarkan dalam Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan (CEE) 2019 di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, 16 dan 17 April ini.

 

LEBIH 50 syarikat akan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada lepasan siswazah.

 

Pusat Pembangunan Karier UKM dalam kenyataannya memaklumkan, lebih 50 syarikat terlibat menawarkan peluang itu.

 

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengikuti aktiviti lain yang diadakan antaranya forum dan ceramah kerjaya, sesi perkongsian usahawan, sesi temuduga, khidmat semakan resume dan cabutan bertuah.

 

“Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.ukm.my/ukmkarier atau Instagram @ukmkarier,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

LINK:

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/1-000-peluang-pekerjaan-di-ekspo-kerjaya-amp-keusahawanan-ukm-1.879893