Kualiti – UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Ketua Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA)

Majlis Ketua Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA) merupakan majlis rasmi yang menghimpunkan semua ketua pengurusan kualiti di 20 IPTA di Malaysia yang bertujuan sebagai pentas penghubung, perbincangan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan kualiti di Universiti. Empat perkara yang dijadikan terma rujukan MPQ-IPTA iaitu:

  1. Menjadi pentas untuk berkongsi hal berkaitan dengan kualiti pengurusan dan akademik;
  2. Menjadi pentas untuk berkongsi amalan terbaik pengurusan kualiti;
  3. Menjadi pentas kepada wakil IPTA merancang aktiviti berkaitan dengan kualiti untuk kepentingan bersama;
  4. Menjadi badan rasmi mewakili IPTA bagi menghubungkan badan kualiti dalam dan luar negara dengan pengurusan Universiti.

Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 4 Oktober 2011 dan Pusat Jaminan Kualiti, UKM selaku universiti yang mencadangkan perjumpaan ketua pengurusan kualiti di kalangan 20 IPTA telah dipilih menjadi Sekretariat. Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (PJK) iaitu Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah dilantik menjadi Pengerusi bagi tempoh 2012-2013.

Pengerusi bagi tempoh 2014-2015 ialah Prof. Dr. Fauza Ab. Ghaffar, Pengarah Pusat Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC), Universiti Malaya.