Kualiti – UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN)

MyQAN Logo

Jaringan Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network) (MyQAN), telah ditubuhkan secara rasmi dalam Mesyuarat Agung yang diadakan pada 30 September 2014 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Petaling Jaya. Dalam mesyuarat tersebut, sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk tempoh dua tahun (2014-2016). Keahlian adalah terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program Tahap 6 atau yang lebih tinggi seperti di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Maklumat lanjut MyQAN boleh diperolehi di www.myqan.org