Konvensyen KIK untuk Universiti Awam Malaysia (KIK UA)

Konvensyen KIK Universiti Awam Malaysia akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT),  Terengganu Darul Iman  pada 2 hingga 8 Ogos  2016. UKM menghantar 4 kumpulan KIK menghadiri konvensyen ini. Kumpulan tersebut adalah Kumpulan Klik dari Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan tiga dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) iaitu  Kumpulan  I-Cari,  Kumpulan  B-Med    dan Kumpulan  Zitron .