Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Universiti Awam Malaysia Kali Ke-13 Tahun 2017

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke 13 akan diadakan pada 1-3 Ogos 2017. Pada tahun ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjadi penganjur yang akan menerima kehadiran 38 delegasi daripada penyertaan Kumpulan KIK UA seluruh Malaysia. Sebanyak 2 kategori yang akan dipertandingkan dalam konvensyen ini iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal.

Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebanyak 4 kumpulan akan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke 13 iaitu 2 kumpulan bagi kategori pengurusan  dan 2 kumpulan bagi kategori teknikal. Kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah seperti berikut :

Kumpulan PTj

Kategori

SINARAN Jabatan Radiologi, HCTM, PPUKM Teknikal
UNLOCK Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM,PPUKM
MUTIARA Perpustakaan Tun Sri Lanang Pengurusan
ARISC Perpustakaan Tun Sri Lanang

Konvensyen Peringkat UA ini merupakan konvensyen tertinggi bagi mengenengahkan dan mengiktiraf hasil pemikiran kreatif dan inovasi Warga Universiti Awam. Kejayaan kumpulan membuktikan bahawa inovasi yang terhasil mendapat pengiktirafan diperingkat kebangsaan terutamanya dalam pendidikan tinggi. Sebanyak 14 kategori hadiah yang akan direbut oleh semua kumpulan yang menyertai konvensyen.

Semoga kumpulan-kumpulan KIK yang mewakili UKM dapat mencipta kejayaan yang cemerlang pada Konvensyen KIK UA Kali Ke 13 ini. Selamat maju jaya kepada semua kumpulan yang bertanding.