Tahniah – Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah dipilih sebagai Presiden MyQAN

Tahniah diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah  yang mewakili UKM kerana dipilih sebagai Presiden MyQAN (Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network) bagi tempoh 2014-2016.

Pelantikan ini sebagai pengiktirafan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti UKM kerana keahliannya terdiri daripada semua IPTA dan IPTS. Undian telah diadakan dalam General Meeting MyQAN di MQA pada 30 September 2014.

Syabas !

 

Maklumat lanjut MyQAN boleh diperolehi di www.myqan.org