Kualiti – UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Nilai

1. Kepimpinan (Leadership)

Ciri-ciri seorang pemimpin yang mempunyai matlamat yang jelas dan berkongsi matlamat supaya kakitangan boleh bergerak bersama-sama menyokong matlamat tersebut, rasional dalam apa jua perkara, berpegang kepada prinsip keadilan, tetap pendirian dengan apa yang diputuskan, empati dan bertanggungjawab penuh terhadap tugas yang diamanahkan serta pihak yang dipimpin atau yang diurus atau diselaraskan

2. Integriti (Integrity)

Pematuhan kepada kod etika yang dicerminkan bersama dengan keimanan, kesucian hati, kejujuran, ketelusan, amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak

3. Profesionalisme (Professionalism)

Ciri-ciri kecemerlangan atau kompetensi yang dijangkakan dalam bidang tugas dan tanggungjawab, sentiasa fokus dalam melaksanakan kerja, mempunyai keperibadian yang utuh, beretika dan menghormati pihak lain

4. Dinamik (Dynamic)

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang disokong oleh ketegasan positif serta keyakinan diri yang tinggi untuk menjana dan melaksana idea dgn cekap dan berkesan seiring dgn keperluan semasa organisasi serta berupaya untuk berubah atau mengubah cara kerja apabila keadaan memerlukan

5. Keserakanan (Collegiality)

Ciri-ciri yang mencermin semangat untuk bekerjasama, sama-sama memikul tanggungjawab kolektif dan menyemai suasana harmoni dalam kerja berpasukan, permuafakatan, kerjasama dalam situasi kepelbagaian disiplin dan budaya serta saling menghormati serta prihatin terhadap rakan sekerja