Kualiti – UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengarah

 Terma Rujukan Pengarah 

  • Merancang dan membangunkan dasar kualiti universiti dan dasar lain yang boleh memantapkan Kitaran Kualiti UKM.
  • Menyelaras pelaksanaan sistem kitaran kualiti dan agenda peningkatan kualiti menyeluruh di PTJ dan menilai keberkesanannya.
  • Menyelaras pelaksanaan yang seimbang di antara proses teras (pendidikan, penyelidikan dan khidmat) serta sistem penyampaian perkhidmatan sesuai dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan dan Institusi Swaakreditasi. 
  • Menyelaras dan memantau tindakan penambahbaikan berterusan di PTJ secara berkala dan memastikan keberkesanannya. 
  • Merancang pembudayaan kualiti dan penerapan budaya kerja yang menitikberatkan pelaksanaan proses dan penghasilan output yang memenuhi keperluan pelanggan. 
  • Menyediakan dokumentasi kualiti bagi pihak Universiti untuk memenuhi keperluan audit pihak luar (contoh: MQA, KPT).
  • Menjadi penghubung bagi pihak universiti dengan pihak lain di dalam dan luar negara serta menjadi rujukan serantau dalam hal-hal berkaitan kualiti.