PENGENALAN
Seminar UKM – UNRI Ke-6 merupakan kesinambungan daripada seminar yang telah diadakan sebelum ini iaitu Seminar UNRI – UKM Pertama 6 – 8 Mei 2000 di Universitas Riau, Pekan Baru, Seminar UKM – UNRI Ke-2 8 – 9 Oktober 2002 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Seminar Bersama FST, UKM – FMIPA, UNRI Ke-3 di Universitas Riau, Pekan Baru pada 12 – 13 Ogos 2004. Seminar UKM – UNRI Ke-4 di UKM dengan tema “Kesepaduan Penyelidikan Sains dan Teknologi UKM – UNRI” pada 1-2 Ogos 2006, UNRI-UKM Ke-5 di Universitas Riau, Pekan Baru dan yang terkini Seminar UKM-UNRI Ke-6 akan diadakan pada 5-6 Oktober 2010 dengan tema “Penyelidikan Terkehadapan Sains dan Teknologi UKM-UNRI”. Seminar ini diharapkan dapat memberi peluang kepada penyelidik di kedua-dua institusi untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dan bertukar-tukar fikiran dan strategi ke arah pengukuhan serta kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.