COVID-19 DIAGNOSTIC LAB , UKM MEDICAL MOLECULAR BIOLOGY INSTITUTE (UMBI)

Date published: 16 April 2020

 

Covid-19 pandemic was first detected in Malaysia in February 2020 and has begun to spread until the first recorded death on March 17, 2020 . The Prime Minister of Malaysia, with the advice of the Malaysian Ministry of Health imposed the Movement Control Order (MCO), effectively on March 18, 2020 as a preventive measure to contain the spread of Covid-19 infection.

The Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI) with the joint effort of the Ministry of Higher Education (MOHE) implement a strategic collaboration on the Covid-19 screening task force by adding 10 more diagnostic laboratories involving universities, university hospitals and research institutes. The UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) and Diagnostic Laboratory Services Department (JPMD) of Chancellor Tuanku Mukhri Hospital (HCTM) are among the laboratories involved under UKM. The purpose of this taskforce is to increase the capacity of Covid-19 screening nationwide in support of the country’s critical need in assisting MOH by doubling its daily Covid-19 screening capacity, which expected to peak in mid-April 2020 as projected by the World Health Organisation (WHO).

These 10 selected labs are targeted to run 42,420 Covid-19 Screening tests within 30 days. Professor Datuk Dr A Rahman, UKM Kuala Lumpur Campus Vice-Chancellor has been commissioned to lead the Covid-19 Screening Laboratory in UMBI. With the mandate and allocated funds, Prof Dr A Rahman together with UMBI Director, Associate Professor Dr Nor Azian Abdul Murad formed a special Covid-19 Screening test team in UMBI. The team comprises of research fellows that specialised in  Molecular Genetics, Microbiology and Virology with the assistance of 15 UMBI laboratory staff.

The Covid-19 screening test conducted in UMBI is using qRT-PCR technique and in accordance with the Standard Operating Procedures established by the MOH and WHO. Based on UMBI’s expertise and experience in the field of molecular biology, especially qRT-PCR techniques, this team has successfully developed the complete Covid-19 Screening Labs at Level 2, UMBI Building in less than 2 weeks. The UMBI Lab began screening tests on April 4, 2020, with a target of 192 test samples per day.

Each of the employees involved is also ensured to follow all safety procedures including the use of Personal Protective Equipment (PPE) as well as monitor their health, during the screening period.The UMBI Lab received samples on daily basis from the National Public Health Laboratory and the District Health Office. The diagnostic results and the individual information of the sample are reported to the MOH-based information management system, the Public Health Lab Information System (SIMKA).

The Minister of Health, YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba together with the MOH’s top management representatives visit to UMBI’s Covid-19 Screening Laboratory to show a support. UMBI took this opportunity to express our gratitude to the MoH, MOHE & MOSTI for their trust in UMBI to carry out this national responsibility.


MAKMAL SARINGAN COVID-19, INSTITUT PERUBATAN MOLEKUL UKM (UMBI).

Pandemik Covid-19 mula dikesan penularannya di Malaysia pada Februari 2020  dan telah mula menular  sehingga merekodkan kematian pertama pada 17 Mac 2020. Bagi membendung wabak ini, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

Antara usahakerjasama membendung pandemik ini termasuk perlaksanaan satu kerjasama strategik di antara Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hasil mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan pada 20 Mac 2020, satu persetujuan telah dicapai, iaitu dengan pembentukan satu kumpulan pasukan petugas khas Saringan Covid-19. Tujuan penubuhan pasukan ini adalah untuk menambah kapasiti saringan Covid-19 di seluruh negara, dengan melibatkan pertambahan 10 lagi makmal diagnostik melibatkan institut pengajian tinggi, hospital universiti dan institut penyelidikan. Diantara 10 makmal yang terlibat ini adalah termasuk 2 di UKM iaitu Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Hospital Canselor Tuanku Mukhriz dan Institut Perubatan Molekul UKM atau UMBI.

Pembentukan pasukan petugas khas ini juga, adalah sebagai mendukung keperluan kritikal negara dalam membantu KKM, menggandakan keupayaan saringan Covid-19 harian, yang dijangkakan semakin memuncak pada pertengahan April 2020 merujuk unjuran WHO.

Penubuhan 10 makmal terpilih ini adalah untuk  mencapai sasaran ujian Saringan Covid-19 sebanyak 42,420 ujian dalam tempoh 30 hari. Profesor Datuk Dr A Rahman, Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur telah diberi mandat sebagai peneraju membangunkan Makmal Saringan Covid-19 di UMBI.Dengan mandat dan peruntukan dana yang telah diberi, Prof Datuk Dr A Rahman bersama- sama Pengarah UMBI, Profesor Madya Dr Nor Azian Abdul Murad telah membentuk satu pasukan khas Saringan Covid-19 di UMBI. Pasukan ini terdiri daripada felo-felo penyelidik, di dalam bidang kepakaran yang berkaitan Molekular Genetik, Mikrobiologi dan Virologi dengan dibantu oleh 15 orang kakitangan makmal UMBI. Pasukan ini telah berjaya membangunkan makmal-makmal Saringan Covid-19 yang lengkap di Aras 2, Bangunan UMBI.

Ujian Saringan Covid-19 yang diljalankan di UMBI adalah menggunakan teknik qRT-PCR dan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh KKM dan WHO. Makmal UMBI telah mula menjalankan ujian saringan pada 4 April 2020 dengan sasaran sebanyak 192 sampel ujian sehari.

Setiap kakitangan yang terlibat dipastikan mengikuti semua prosidur keselamatan termasuk penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) serta memantau kesihatan mereka, sepanjang tempoh saringan dijalankan.Berdasarkan kepakaran dan pengalaman UMBI di dalam bidang biologi molekul khususnya teknik qRT-PCR, penyediaan makmal dan pengurusan kaedah ujian ini, dapat dibangunkan dalam tempoh kurang dari 2 minggu. Makmal UMBI menjalankan ujian saringan terhadap sampel yang diterima dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Pejabat Kesihatan Daerah setiap hari. Maklumat peribadi individu pemilik sampel serta pelaporan hasil diagnostik dimasukkan ke sistem pengurusan maklumat berpusat KKM iaitu Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

Sebagai tanda sokongan, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba bersama-sama dengan wakil Pengurusan Tertinggi KKM telah turun padang dengan mengadakan lawatan ke Makmal Saringan Covid-19 UMBI untuk melihat tahap kesediaan UMBI dalam menjalankan proses ujian tersebut.UMBI mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak KKM, KPT & MOSTI yang telah memberi kepercayaan kepada UMBI dalam memikul tangungjawab kebangsaan ini.