Jawatan Kosong: Pegawai Teknologi Maklumat F41

Projek The Malaysian Cohort (TMC) yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Nama Jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat F41 (1 kekosongan)

Tarikh Iklan: 03 Jun 2018 hingga 18 Jun 2018

Taraf Jawatan: Kontrak 


SYARAT LANTIKAN:

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
  2. Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
  3. Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); dan
  4. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KRITERIA LAIN YANG DIPERLUKAN:

  1. Berpengalaman dalam mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi maklumat.
  2. Berpengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan (.Net/C#/PHP) dan mengurus pangkalan data (MS SQL Server dan MySQL) agar dapat menyokong keperluan projek.
  3. Berpengetahuan berkaitan sistem operasi (Windows/Linux) dan aplikasi (freeware/shareware/opensource/community edition)
  4. Mengurus peralatan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima
  5. Berkemahiran dalam merekabentuk media cetak dan elektronik serta berpengetahuan mengendali peralatan audio visual (kamera/video/audio/teleconference)
  6. Berkemahiran mengendali CMS (WordPress, Joomla! dan media sosial)
  7. Memberi bantuan, khidmat nasihat dan latihan kepada pengguna (pelajar, kakitangan dan pihak pengurusan) untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur serta aplikasi ICT
  8. Berkebolehan mengaturcara aplikasi mudah alih (Android/iOS) adalah satu kelebihan
  9. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/di bawah pengawasan yang minimum dan lebih masa sekiranya diperlukan.
  10. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/ di bawah minimum pengawasan
  11. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  12. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  13. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan
  14. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun calon yang baru menamatkan pengajian dan mempunyai transkrip digalakkan memohon.

CARA MEMOHON:

Calon yang berminat, sila hantarkan 3 perkara ini kepada kami melalui e-mel/ pos/ serahan tangan

  1. resume/ CV 
  2. 1 salinan transkrip akademik
  3. 1 salinan skrol akademik        

 

E-mel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my , ATAU       

Sekretariat The Malaysian Cohort

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Arman 03-91710415 atau  Pn. Afifah 03-91456321 (ext 9036)

**  Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

IKLAN PENUH DI SINI